"Mak ayah dia tahu tak perangai anak perempuannya berjantan di tepi pantai bagai?
Nama saja bertudung, tapi entahlah! Budak zaman sekarang!"
Amboi, marah sangat nampaknya Sajat. Kenapa marah sangat tu?
Menerusi tinjauan di laman Instagram Nur Sajat, usahawan terkenal itu bagaikan sedang menghamburkan amarahnya terhadap seorang wanita.
Posting itu disertakan sekali dengan gambar seorang wanita dipercayai sedang berdua-duaan di tepi pantai.
Belum kahwin dah menggedik!
Siapakah wanita itu dan mengapa Sajat begitu marah dengannya menjadi persoalan di kalangan netizen.
Justeru, ramai berspekulasi bahawa wanita terbabit berkemungkinan membuat kenyataan menghina Sajat hingga jutawan kosmetik itu naik berang.
Tu yang kena sedas dengan sajat
Bagaimanapun, tuan empunya diri tampil menepis dakwaan Sajat yang mengatakan dia 'budak tak cukup umur'.
Aku dah kahwin lah nok!
"Sedap mulut je Sajat mengata dia," sindir netizen.
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi Sajat ketika ini, menurut netizen.
Sekali lagi, isu status jantina Sajat 'dipetik' bagi menjadi modal untuk menghentamnya.
Sajat meroyan teruk
"Beli cermin sampai puluhan ribu, tapi tetap tak sedar diri.
"Tukar jantina, pegang dan peluk teman lelaki, duduk satu rumah tak berdosa ke?" perli netizen.
Kredit foto: IG Sajat
Alahai, apa sajalah yang dah dibuat individu terbabit sampai Sajat meroyan macam tu sekali. - CARI |