CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2710|Reply: 13

"Untung Budak Sekarang, Gagal Masuk U, Tag Menteri, Terus Dapat." - Ne

[Copy link]
Post time 9-8-2018 11:27 AM | Show all posts |Read mode





Sekali lagi laman sosial Twitter menjadi platform untuk meraih perhatian pihak tertentu, dilakukan oleh segelintir individu yang berasa diri mereka teraniaya. Jika sebelum ini pelajar berbangsa Cina mengadu, kali ini pelajar berbangsa India pula menyatakan kekesalannya tidak dapat memasuki jurusan perubatan. Apa yang lebih memualkan, segala luahan perasaan tersebut ditujukan kepada Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik.



Hal ini menimbulkan kemarahan netizen kerana tidak sepatutnya segala aduan di Twitter di layani. Tidak semestinya hanya pelajar tersebut sahaja yang mendapat keputusan cemerlang. Ini kerana ramai yang bijak sekarang menyebabkan pelbagai kriteria harus diambil kira, bukannya permainan 'rasis' semata-mata.





Foto : Twitter





Ia berdasarkan tulisan pelajar berkenaan iaitu Narrisma yang tular di Twitter hingga mendapat respon daripada ramai pihak.




Kredit foto: Twitter




Setelah tulisan yang panjang lebar mengenai kekecewaanya tidak mendapat tawaran tersebut, ramai netizen yang tidak memahami relevannya menyebut nama Menteri Pendidikan. Adakah kerana agenda peribadi?







Malahan, pelajar terbabit sendiri menyatakan yang dia sebenarnya gagal dalam temuduga, jadi apa sebenarnya yang dia mahu?








Kredit foto: Google





"Jangan salahkan sistem. Sekarang semua pelajar pandai-pandai."







"Dia ingat Menteri tu abah dia ke? Gagal Interview, minta tolong kabel."








Kredit foto: Google




Hinggakan, ada yang membuat jenaka mengenai Tweet Menteri'.






Tidak dinafikan, masalah yang diadukan di Twitter yang kemudiannya tular akan mendapat lebih perhatian daripada pihak berkuasa. Akhirnya mereka yang mengadu ini akan mendapat apa yang diidamkan (walaupun tidak kesemuanya).



Namun ini tidak adil kepada mereka yang menghadapi masalah sama tetapi tidak mendapat respon Menteri hanya kerana isu mereka tidak dicanang di media sosial. Jadi, ikutlah saluran yang betul jika mahu mendapat apa yang dicitakan. Jika gagal setelah berusaha, mungkin ada yang kurang dimana-mana, perbaikinya. Jangan menggunakan unsur-unsur rasis kerana ia hanya akan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apa yang lebih penting perbaiki diri sendiri dan terima kenyataan. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2018 12:22 PM | Show all posts
menteri pn main bagi je ke? dia tak tapis betul2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 12:31 PM | Show all posts
Era pemerintahan PH : TWEET!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sb tu..la kami menukar kerajaan....kami mahu semuanya 'seperti yg kami mahu'".
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 12:41 PM | Show all posts
pahtu masuk kerja duk main tweeder jek kerjanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 03:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiya. Main simpati bangsa pulak. Mmg melambak la org 4flat even dari matrikulasi 4 flat pun susah dapat medic. Mmg kenaa interview. Kawan adik aku dpt straigh a spm pun xlepas scholar oversea sbb fail interview pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti lps ni nk kata melayu bodoh2. Melayu pun bersaing dgn melayu2 4 flat yg lain la. Bukan ko je a semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2018 08:06 PM | Show all posts
hooo boy..

adik ni baru nak masuk U dah kecoh macam ni tak dapat apa yang dia nak. playing the victim card..
nanti ko dah grad, nak cari kerja lagi susah dik.

masa tu kau nak bising kat sape pulak?
dah la company semua tutup, lari ke luar negara,
yang ada staff dikurangkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk empat lima ekor reject pergi tweet dia aku rasa Maszlee pun nanti akan naik meluat nak layan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 09:30 PM | Show all posts
kena tegaslah jgn sbb tweet je... terus dapat.. aiyooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg mempunyai IQ tinggi.. tp EQ nya kelaut...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:54 AM | Show all posts
Lepas ni semua pakai tweet2 je..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 02:06 PM | Show all posts
menteri pun jgn la dok layan sgt. ni sebab melayan la sume nak tag menteri dgn harapan terus dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.122799 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list