View: 1623|Reply: 4
|
SPRM Siasat Skandal SRC International Diserang Sakit Jantung
[Copy link]
|
|
Ketika siasatan kes skandal SRC International Sdn Bhd sedang giat dijalankan, pengarah bahagian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditugaskan menyiasat kes tersebut pula dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu.
Kredit foto: www.thesundaily.my
Memetik laporan Berita Harian, Datuk Bahri Mohammad Zin yang kini berusia 60 tahun itu sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan simptom serangan jantung.
Menurut sumber kepada portal berita itu, kejadian tersebut disedari kenalannya yang mendapati mata kiri Bahri kemerahan seperti berdarah dan disangka sakit mata.
“Beliau tidak jatuh cuma katanya ada rasa berdebar-debar dan pening sikit, marilah sama-sama kita doakan agar beliau kembali pulih dan dapat meneruskan amanah dengan baik."
“Minggu depan beliau dijadualkan menjalani Angiogram iaitu kaedah memasukkan kamera ke dalam salur darah terus ke jantung, bagi melihat bahagian mana tersumbat atau cedera atau sakit.”
Datuk Bahri menjadi pengarah sejak 16 Jun 2014 dan bersara awal pada 30 Disember 2016.
Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau dipanggil Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyertai SPRM semula pada Mei lalu.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanya nak buat angiogram?
Procedure sekejap je pun..
Kali meols ptg masuk ptg gak buat |
|
|
|
|
|
|
|
sakit tu semua teguran dari tuhan agar manusia ingat kubur, ingat dosa2 ingat surga ingat neraka
insaflah
|
|
|
|
|
|
|
|
pencen sajok pakcik
duk umah aman aman je |
|
|
|
|
|
|
| |
|