Teruk sangatkah Malaysia sampaikan ada yang tak nak balik bila belajar di luar negara?
Masalahnya mereka yang belajar di sana adalah dengan tajaan biasiswa atau pinjaman kerajaan, jadi mengapa kurang ajar sangat?
Tweet kisah peminat K-Pop ini tular dek kerana pelajar ini kononnya tidak mahu pulang ke Malaysia kerana menganggap semenanjung emas ini penuh toksid. Ia mengundang kemarahan ramai netizen.
Kredit foto: Twitter
Jadi, apa lagi, penuhlah ruangan komen yang memberi hujah mengenai sikap tidak bersyukur peminat K-Pop terbabit.
Kredit foto:
Foto : Google
Sampaikan ada yang melabelkan muzik Kpop sebagai sampah?
Foto : Google
Poster ini lah yang menimbulkan kemarahan peminat Kpop
Namun, apabila Cari menyelidik kisah sebenar, rupa-rupanya pelajar terbabit sebenarnya marahkan tindakan kerajaan yang membatalkan konsert artis Kpop. Dek kerana terlalu marah, ia membuatkan dia terkeluar perkataan yang kurang wajar iaitu 'malas balik Malaysia'.
Ya, banyak isu di Twitter sering disalah faham serta tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik sesuatu isu. Dalam kes ini, ia adalah ekspresi peminat Kpop terbabit yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya hingga ia menjadi isu berbeza kepada netizen yang lain.
Jadi, timbul lah hujah seperti pandangan tipikal orang Melayu, fanatik peminat Kpop dan sebagainya. Hal ini boleh dielakkan jika masing-masing cuba membetulkan diri dan memberi teguran yang membina bukannya menjahanamkan lagi sesuatu isu. - CARI
|