View: 1073|Reply: 2
|
Pulau Pinang Bakal Miliki Terminal LCCT Yang Baharu- Menteri Kewangan
[Copy link]
|
|
Bagi mengendalikan jumlah penumpang yang semakin meningkat, kerajaan bercadang membina terminal penerbangan tambang murah (LCCT) baharu di Pulau Pinang.
Kredit foto: carian internet
Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan rundingan antara pihak Malaysia Airports Berhad (MAHB) dan syarikat AirAsia mengenai cadangan pembinaan terminal baharu itu berjalan positif.
"Kita boleh besarkan lapangan terbang sedia ada, tetapi kita tiada modal yang cukup, sebab itu kita perlukan LCCT."
"Kita tidak akan bina landasan baru, kita hanya sediakan LCCT supaya pelancong lebih selesa untuk datang ke Pulau Pinang."
Belian berkata demikian ketika ditemui pemberita di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini di Pulau Pinang.
Jelas beliau, cadangan itu dibuat berikutan Pulau Pinang menjangkakan rekod trafik melebihi 7.8 juta penumpang pada tahun ini.
"eluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak mampu mengendalikan kapasiti akan datang dan terminal baharu diperlukan."
Tambah beliau, LCCT itu juga akan dibina berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), selain menggunakan landasan kapal terbang sedia ada.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Yahooooooooooo...tiada halangan drp gerakan, mca dan umno, penang akan lebih maju jaya dan bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali semua org datang penang utk transit ke negara lain, lebih jimat duit, tak yah transit kat kl yg mahal2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|