Isu kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap majikan yang membuat pekerja stress mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad.
Menerusi Intagramnya, Sharnaaz menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap undang-undang 'berat sebelah' itu.
Menurutnya, undang-undang berkenaan boleh menyebabkan pekerja menjadi semakin malas, seterusnya berani 'mencipta masalah' di tempat kerja.
Justeru, Sharnaaz mencadangkan agar kepala pekerja ditembak sekiranya membuat majikan stress.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Sharnaaz yang mendakwa ia memberi peluang kepada pekerja untuk menjadi besar kepala.
Pekerja sekarang kaki malas, tiada disiplin!
"Lepas ni naik lemak lah pekerja lain.
"Bukan mudah nak ukur tahap tekanan ni sebenarnya," komen netizen.
Kredit foto: IG Sharnaaz Ahmad
Namun, bukan semua bersetuju dengan undang-undang berkenaan.
"Bagaimana pula kalau pekerja yang buat majikan stres?" soal netizen.
Kredit foto: Twitter
Majikan ada kuasa pecat pekerja
"Undang-undang ini bagus untuk mengelakkan majikan daripada memecat pekerja sewenangnya," komen netizen.
Kredit foto: IG Sharnaaz Ahmad
Pendapat Sharnaaz itu mendapat kecaman netizen yang bertegas mendakwa kebanyakan majikan membuat pekerja mereka stres seperti dengan mengamalkan perkauman atau pilih kasih.
Kredit foto: Twitter
Ramai majikan 'kecut perut'? Jangan risau kerana artikel berkenaan sebenarnya diterbitkan tahun lepas dan hanya propaganda pihak tertentu mencetuskan provokasi.
Saja nak provok je
Kredit foto: IG Sharnaaz Ahmad
Pendapat semua orang berbeza. Mungkin ada yang kurang bernasib baik mendapat majikan atau pekerja yang sikapnya tidak semenggah mana. Yang penting, diri sendiri kerana mencari alternatif untuk menangani tekanan dialami. - CARI |