"Kami dah letih jadi hamba hiburan semata-mata."
Itu keluhan Erma Fatima yang sudah penat dan muak dengan nasib golongan artis sepertinya yang cuma dianggap sebagai hiburan rakyat Malaysia serta penyeri pentas politik sahaja. Tidak lebih dari itu.
"Orang seni dah macam peminta sedekah, hanya kerana menuntut kebajikan kami dibela."
Oleh itu, apabila Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid mengutarakan isu tersebut sekaligus meminta kerajaan baru memandang industri seni dengan lebih serius, Erma berasa sangat terharu kerana ia akhirnya dibincangkan di Dewan Rakyat akhirnya.
Isu seperti pelakon tiada royalti tidak seperti penyanyi, harga pembelian drama tidak pernah naik adalah masalah yang berterusan membuatkan golongan seni hidup melarat hingga ke akhir hayat mereka. Ia telah dinyatakan oleh Abdullah Sani lalu meminta agar pihak berkenaan melaksanakan dasar baharu supaya pengkarya seni tidak lagi hidup melarat.
Lebih menyedihkan ialah contoh yang diberikan iaitu Allahyarham Seniman Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Khalid Salleh langsung tiada harta.
Ramai yang turut berasa terharu dengan cadangan di Dewan Rakyat tersebut termasuklah golongan artis.
Namun, adatlah pasti ada yang memandang serong terhadap permintaan insan seni ini.
https://www.instagram.com/p/BjTE-gyngVm/?taken-by=ermafatima
Akan tetapi, lebih ramai yang membangkang hujah tersebut, malahan Erma Fatima sendiri menjawab kekeliruan yang timbul.
Kredit foto: Carian Internet
Ternyata luahan tersebut dijawab oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang menyatakan kementeriannya komited menyelesaikan masalah ini.
Moga-moga hasrat Erma Fatima dan anak seni lain untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya tercapai. - CARI
|