"Saya tak mahu gunakan alasan tak mampu untuk
membeli barangan yang tidak sepatutnya."
Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkata demikian ketika mengulas mengenai kontroversi barangan berjenama tirua membabitkan selebriti yang semakin hangat sejak kebelakangan ini.
Memetik Astro GEMPAK, Neelofa menyelar tindakan pemilik akaun Instagram yang membuat kenyataan kasar mengenai isu berkenaan.
"Saya tak menyokong penggunaan barangan tiruan, tetapi saya juga tidak menyokong cara pemilik akaun tersebut membongkarkan mereka yang menggunakan barangan tiruan dengan cara yang tidak sepatutnya, ia agak memalukan.
"Bagi saya, sudah tiba masanya untuk semua pihak membuka mata dan memberi perhatian terhadap isu ini. Perkara yang melibatkan hak cipta merupakan satu isu yang sangat serius.
"Saya juga mempunyai bisnes hijab dan sering berdepan isu sebegini. Jadi, kita kena mendidik pengguna agar membuka mata dan tidak memandang isu ini sebagai sesuatu yang remeh," katanya.
Bercerita mengengai pengalamannya sendiri, Neelofa akui dia tidak pernah mengajar diri untuk berjinak-jinak dengan barangan tiruan.
Kredit foto: IG Neelofa
"Saya sentiasa terapkan dalam diri, jika teringin untuk memiliki sesuatu barang berjenama itu, motivasikan diri untuk bekerja keras dan mengumpul duit agar dapat memilikinya.
"Dahulu, kalau saya tak mampu, saya tak akan membelinya. Jika saya benar-benar teringin, saya kumpul duit dan meletakkan sasaran. Saya kena bekerja kuat dan jadikan barangan itu sebagai inspirasi.
"Tiada istilah kena beli barangan Gred A atau Gred B kerana ia tetap tiruan," tegasnya.
Aduhai, makin meleret isu barangan berjenama tiruan ni. Tapi, penulis percaya sebilangan besar rakyat Malaysia pasti ada menggunakan barangan Gred A atau Gred B seperti dikatakan Neelofa, kan? - CARI |