Pelakon popular Rita Rudaini tidak menafikan ada pihak yang berminat untuk menjadikan buku tentang kisah hidupnya yang berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan sebagai drama bersiri.
Rita, 42, berkata, setakat ini perkara itu masih dalam peringkat perbincangan kerana ingin memastikan karya tulisan Pengarang Pancaindera Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin itu divisualkan ke layar kaca dengan baik.
Beliau juga mengatakan bahawa karya tulisan Tengku Khalidah itu cukup baik dan jika ada yang ingin menjadikannya ia drama ia perlulah setaraf atau lebih baik lagi.
Malah ada beberapa pihak menunjukkan minat dan perbincangan ada dibuat cuma dirinya perlu meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan kerana tidak mahu drama itu sekadar naskhah tangkap muat sahaja.
Elizad Sharifuddin Foto: Carian internet
Rita berkata, dia membayangkan aktres Siti Elizad Sharifuddin boleh melakonkan watak dirinya sekiranya projek itu benar-benar terjadi tanpa berselindung kerana karakter dan kredibiliti aktres itu sangat dikaguminya dan ada sesuatu dalam diri Elizad dirasakan mampu menjadi dirinya dalam drama itu nanti.
Besar betul harapan Rita untuk drama adaptasi dari kisah hidupnya andai direalisasikan. Apa kata anda? - CARI |