View: 25781|Reply: 326
|
[Tempatan]
32 beranak berhimpit dalam sebuah rumah
[Copy link]
|
|
PENDANG - Kesempitan hidup memaksa 32 beranak tinggal berhimpit di sebuah rumah pusaka di Kampung Banggol Petai, di sini.
Anak sulung, Muzaini Che Mutapa, 43, berkata, dia tinggal bersama lima lagi adik beradik perempuannya di rumah pusaka milik bapanya itu.
Katanya, selain adik beradik, suami dan anak-anak mereka juga turut tinggal bersama menjadikan jumlah penghuni rumah berkenaan ialah 32 orang.
“Jumlah kesemua anak kami enam beradik ialah 21 orang dan depa semua berusia 11 bulan hingga 18 tahun,” katanya.
Katanya, dia dan suami, Basir Mohd Nor, 44, hanya meniaga kuih untuk menyara kehidupan.
“Saya sendiri ada enam anak berusia tiga hingga 18 tahun dan semuanya tinggal bersama di rumah ini,” katanya.
Muzaini berkata, mereka hanya menggunakan sebuah dapur untuk memasak dan makan kerana ruang rumah berkenaan terlalu sempit.
“Barang dapur pula kami gilir-gilir untuk beli, tapi ada juga ketika terdapat dalam kalangan kami yang tak cukup duit.
“Kami terpaksa ikat perut bagi memastikan anak-anak dapat makan dengan sempurna,” katanya.
Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana anaknya dan anak saudaranya tidak pernah merungut tentang makanan.
“Apa yang ada dan kami jamu depa makan sahaja tanpa banyak bunyi, mungkin depa pun faham kesusahan yang mak ayah depa alami,” ujarnya.
Ditanya mengapa tidak keluar dari rumah berkenaan dan menyewa di luar, Muzaini bagi pihak adik beradiknya berkata, mereka tidak berkemampuan.
“Pasangan kami semua kerja kampung sahaja, kadang ada duit kadang nak catu untuk sekolah anak pun tak cukup,” katanya.
Menurut Muzaini, dia dan ahli keluarga yang lain pernah dihalau keluar dari rumah pusaka berkenaan.
“Ikut hati memang nak keluar dari rumah ni sebab anak-anak dah besar, tapi kami memang tak mampu nak bayar sewa.
“Kami mengharapkan selepas bantuan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) kami dapat hidup selesa sedikit dengan keadaan rumah yang sedikit elok.
“Kalau tak perbaik susah juga rumah ni sebab apabila hujan air akan masuk ke dalam rumah dan banyak barang yang rosak,” katanya.
Menurut Muzaini, mereka turut mendapat bantuan zakat RM200 setiap satu keluarga dan wang tersebut digunakan untuk persekolahan anak-anak mereka.
Adiknya, Nor Katijah Che Mutapa mendapat RM400 setiap bulan daripada JKM sejak Mei 2015 lalu bagi kategori bantuan kanak-kanak.
Dalam perkembangan sama, keadaan keluarga ini turut mendapat perhatian JKM Pendang.
Pegawai JKM Pendang, Syaffrey Ibrahim berkata, kedatangan mereka ke rumah Muzaini bagi meninjau keadaan keluarga tersebut.
“Kita telah menyumbangkan RM300 daripada Tabung Bantuan Segera dan juga akan memperbaiki rumah mereka dalam masa terdekat.
“Kita nak mereka hidup dalam keadaan yang sedikit selesa berbanding sebelum ini,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh ke akaun Maybank 152023418276 atas nama Muliza Che Mutapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
6 jantan tau membiak buntingkan isteri aje..
Rumah untuk anak isteri pun tak mampu nak sediakan.
Tak mampu sebab malas berusaha la tu..
Malas nak rasa kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
laki bini sehat, kalau sewa rumah kat kaw pendang tu berapa duit sangat. kawen dgn biawak ke 6 beradik ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Abang long ni ada 5 ipar lelaki?? Yang adik perempuan bawa tinggal semua sekali 5 orang dalam rumah tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
xtau nk kata..aku rs patotnye yg lelaki tu kena la ada sifat ingin ubah cara idup drg..go out and find proper job |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya..
nak komen lelebih pun tak tau
apa masalah diorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramainya anak,dah tau hidop susah,patutnya rancanglah anak tuh! |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi. 32 orang dalam satu rumah. Memang sesak sangat jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah sempit tapi aktiviti proses baby mcm takde prob je
cuba la kekang dulu proses anak, baiki dulu ekonomi hidup...ke laki2 diorg ni semua lembam2. tanah dah ada cuma usaha sikit je utk buat rumah lain kat tanah tu...kecik pun jadilah asal tak berhimpit2 dlm 1 rumah.
Menurut Muzaini, dia dan ahli keluarga yang lain pernah dihalau keluar dari rumah pusaka berkenaan.
pasai pa prnh dihalau kuar dr rumah pusaka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu nak komen camner.... |
|
|
|
|
|
|
|
vicious cycle of poverty sangat. taktau nak kesian ke nak panas hati. tubuh badan elok je sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bantuan br1m bulan lapan ni dapat meringankan beban korang
|
|
|
|
|
|
|
|
sib bek la bapak tinggai kan rumah pusaka..... |
|
|
|
|
|
|
|
xleh hadam betul mcm mana diorg boleh make love dan anak ramai dlm keadaan rumah sempit mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai selimut atau kain langsir.
|
|
|
|
|
|
|
|
bahasa kasarnya bawa balik jantan..
xde sorang pun nk usaha cari rumah sewa |
|
|
|
|
|
|
|
umur 40 pun beranak lagi ke macik oii |
|
|
|
|
|
|
|
haha..tp serius ni xleh hadam weh
yg jantan ramai2 dlm rumah tu semua biawak ke hape
|
|
|
|
|
|
|
| |
|