View: 6779|Reply: 29
|
'Bagi Peluang Saya Kenal Dia' - Uqasha Senrose
[Copy link]
|
|
Resah gelisah peminat ingin tahu sama ada benar atau tidak Uqasha sedang hangat menjalin hubungan dengan pelakon Ben Amir. Jadi, macam mana? Betul atau tidak berita ini?
Kredit foto: IG Uqasha
Ha, sayangnya Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, bagaimanapun menafikan spekulasi itu, sebaliknya mengakui mereka dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
“Saya sangat selesa berkawan dengan Ben kerana apabila bersama dengannya, saya boleh menjadi diri sendiri. Doakanlah yang baik-baik ya," katanya.
Menurut Uqasha, dia selesa berkawan dengan Ben kerana tidak perlu berhias berlebihan apabila keluar bersama.
Kredit foto: IG Ben Amir
“Biasalah, kalau kita sukakan seseorang, kita akan sentiasa cuba bergaya untuk buat dia tertarik.
“Namun, apabila dengan Ben, penampilan saya sangat ringkas dan dia tidak merungut pun,” katanya.
Uqasha, dalam masa sama meminta jasa baik peminat memberi ruang kepadanya menjalani kehidupan seperti orang lain.
“Selama sembilan bulan saya berdiam diri tanpa ada cerita yang mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki pun.
“Jadi, apa salahnya saya beri peluang kepada diri sendiri untuk kenal orang baru pula,” katanya.
Kredit foto: IG Uqasha
Semoga peminat mereka tidak kecewa dengan kenyataan Uqasha ini kerana masih ada peluang untuk mereka benar-benar menjadi pasangan bercinta.
Siapa tahu? Melihatkan kemesraan mereka di media sosial ianya tidak mustahil, kan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
lebih suka tengok Uqasha ngan Fikry.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah agak dah minah ni akan keluarkan statement cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
takziah ben...
aku rase ben ni budak baik... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm x pernah ada gosip liar psl ben ni kan. so meols yakin dak ben ni baik orgnya. hrp2 bolehlah bimbing si uqa ni kalau jodoh pnjg. |
|
|
|
|
|
|
|
ungkasha,kao nih bau budu lah! |
|
|
|
|
|
|
|
ala kejap je tu...biasa la uqasha ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bertuah dia ni kan... tak susah nak cari penganti... senang move on...
semoga berkekalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa dgn hefny pun ckp mcm ni juga..last putus juga |
|
|
|
|
|
|
|
hrp tak lama. tak minat laa if theyols couple |
|
|
|
|
|
|
|
cliche lah retis keluar statement gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi diri sendiri? rosaakk budak ben nii |
|
|
|
|
|
|
|
"Selama sembilan bulan saya berdiam diri tanpa ada cerita yang mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki pun"..... Dia kira ke berapa lama dia takde gossip ngan org lain? Hahaha #tanyajer
|
|
|
|
|
|
|
|
Statement daripada Ben Amir dari HitUtusan
Link: http://m.utusan.com.my/hiburan/b ... kap-uqasha-1.720481
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan Uqasha Senrose, 26, bintang Air Mata Di Bumi Matador, Ben Amir, 28, enggan membuat penilaian atas setiap kontroversi yang pernah melanda aktres berkenaan.
Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin menegaskan, faktor utama yang diambil kira untuk mendekati pelakon Rahsia Hati Perempuan itu adalah disebabkan sikap Uqasha yang jujur dan telus.
“Sewaktu kami keluar bersama, dia hanya menjadi dirinya sendiri, tidak dibuat-buat. Pendek kata, keperibadiannya adalah asli, bukannya palsu,” katanya berterus terang.
Jelas Ben, dia dan Uqasha mula mengenali antara satu sama lain beberapa tahun dahulu semasa berlakon dalam drama yang sama dan bertemu kembali di set penggambaran Cinta Tiada Ganti pada bulan lalu.
“Dulu kami pernah sekali berlakon bersama menerusi sebuah drama. Namun, pertemuan kali pertama itu adalah sekadar hubungan sesama rakan lakon di dalam set, tidak dibawa hingga ke luar,” jelas Ben mengingati detik awal perkenalan.
Bagaimanapun, ketika menjalani penggambaran telenovela Cinta Tiada Ganti yang kini disiarkan di slot Tiara, saluran Astro Prima, Ben menyedari hubungan mereka semakin mesra dan rapat.
“Uqasha sering menemani adiknya, Nelydia Senrose yang merupakan pelakon utama siri tersebut ke lokasi penggambaran dan sejak itulah kami semakin mesra dan rapat,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 1-8-2018 09:37 PM
Cliche. Bosannye jawapan standard retis.
Balik2 jawapan sama. Boleh masuk tong recycle |
|
|
|
|
|
|
|
ariellin replied at 1-8-2018 09:35 PM
Kalau Ben-Nely baru padan
Ben-Uqa mcm kakak adik je
Ben nely sesuai kan. Iras2 pon ada |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong la jgn mencemari ben iolsss |
|
|
|
|
|
|
| |
|