Sebelum ini, terdapat cubaan untuk menjatuhkan imej selebriti dengan membuat pendedahan bahawa kebanyakan daripada mereka menggunakan produk tiruan.
Terbaru, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof pula terpalit kontroversi barang tiruan.
Kredit foto: IG Vivy Yusof
Pengasas The dUCk Group itu, menerusi Insta Story mendakwa dirinya tidak menyangka terdapat segelintir pengguna sanggup memakai telekung jenama tiruan.
Isu itu mula timbul apabila Vivy mendedahkan produk tudung jenama Duck Scarvesnya dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu kerana menganggap Vivy menyentuh isu sensitiviti agama.
Vivy turut memuat naik paparan skrin perbualannya dengan netizen yang merasakan Vivy bersikap tidak adil dalam mengeluarkan kenyataan seperti menyukarkan pengguna apabila meletak harga terlalu mahal bagi produk keluarannya.
Mengulas kenyataannya berhubung telekung tiruan, Vivy menegaskan bahawa terdapat banyak lagi pilihan lain yang jauh lebih murah boleh didapati di pasaran tanpa perlu menggunakan produk tiruan.
"Kenapa nak menghadap Tuhan guna produk tiruan (menyokong produk haram)?" katanya.
Kredit foto: IG Vivy Yusof
"Gila betul kenyataan Vivy Yusof ni, guna agama pula jual produk," komen netizen.
Sekejap saja isu Vivy ini tular di laman sosial Twitter. Nampaknya, ramai tidak berpuas hati dengan kenyataan Vivy itu.
Bagaimanapun, segelintir netizen memihak kepada Vivy dan mendakwa ramai yang tersalah tafsir maksud yang ingin disampaikan usahawan berkenaan.
Ramai salah faham
Kenapa semua nak marah sangat dengan Vivy?
"Dah curi jenama orang, lepas tu nak dibawa beribadat?" bidas netizen.
Kredit foto: Twitter
Mungkin netizen yang mudah sangat triggered dengan kenyataan Vivy hingga menyalah tafsir kenyataannya akibat terlalu mengikut perasaan marah. - CARI |