Dah bosan berjalan-jalan dalam Malaysia dengan hanya menikmati makanan, pemandangan dan berswafoto? Apa kata bawa percutian anda ke tahap seterusnya dengan melakukan aktiviti lasak? Barulah ada thrill!
Bagi pengemar aktiviti lasak (daredevil), ini adalah 10 aktiviti yang boleh anda lakukan ketika berkunjung ke Sabah.
1. Ziplining (Flying Fox) Merentasi Pulau Gaya dan Pulau Sapi
Kredit foto: Youtube Murphy Ng
Zipline yang dikenali sebagai Coral Flyer ini mempunyai jarak 235 meter dan diiktiraf sebagai zipline pulau-ke-pulau yang terpanjang di dunia. Menghubungkan Pulau Gaya dan Pulau Sapi, para daredevil akan meluncur merentasi lautan selaju 55 kilometer sejam (km/j)!
Aktiviti lasak ini terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa asalkan anda mempunyai berat sekitar 40-120kg. Tapi ingat, lebih berat tubuh anda, lebih laju anda melayang.
2. Gigitan Ikan di Luanti
Kredit foto: Blog Taxi-Kinabalu
Jika anda inginkan urutan berlainan daripada spa biasa, datanglah ke Kampung Luanti Ranau yang terletak kira-kira 131 kilometer dari Kota Kinabalu untuk sesi fish massage.
Sekiranya ini kali pertama anda, mulakan dengan rendaman kaki dan jika anda tidak merasa geli dengan gigitan ikan sebesar dua kilogram (kg), anda bolehlah merendamkan seluruh badan di dalam sungai. Dipercayai urutan ikan ini mampu mengubati penyakit kulit seperti Psoriasis.
3. Menyelusuri Canopy Walk di Lembah Danum
Kredit foto: Blog Longkaka93
Sepanjang 300 meter dan setinggi 27 meter, titian Canopy Walk Lembah Danum merupakan titian gantung yang menakjubkan dan sering disebut-sebut sebagai salah satu canopy walk terbaik di dunia.
Titiian ini merentasi kawasan hutan yang luas dan jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat badak Sumatera, orang utan, kancil, serta harimau bintang. Ya, harimau bintang!
4. Tandem Paragliding di Ranau
Kredit foto: Sayang Sabah
Paragliding adalah salah satu sukan lasak yang semakin popular di Sabah sejak beberapa tahun lalu. Selain di Bukit Kokol, aktiviti paragliding juga boleh didapati di Lohan, kira-kira dua jam dari Kota Kinabalu dengan bayaran sekitar RM180.
Syarat utama untuk mencuba mestilah berusia lebih 17 tahun dan mempunyai berat badan di antara 30-90 kg. Kanak-kanak mestilah mendapat kebenaran ibu bapa.
5. Pengembaraan Lasak Merentasi Hutan Borneo
Kredit foto: The Star
Cabaran Borneo Safari adalah antara acara pemanduan lasak yang dinanti-nanti oleh ramai penggemarnya. Ekspedisi lapan hari tujuh malam ini biasanya akan merentasi beberapa buah daerah di pedalaman Sabah sebelum kembali semula ke Bandaraya Kota Kinabalu.
Objektif penganjuran acara ini adalah untuk menyediakan aktiviti kepada kepada peminat-peminat sukan pemotoran lasak dan mengumpul ahli-ahli kelab pemotoran di seluruh Malaysia.
Nantikan lima lagi aktiviti lasak di Sabah di bahagian kedua! - CARI |