View: 1914|Reply: 18
|
[Tempatan]
Tinju isteri layan pelanggan lelaki
[Copy link]
|
|
CEMBURU kerana isterinya melayan pelanggan lelaki di butik mereka, seorang suami tergamak menumbuk kepala dan menjerut leher wanita berkenaan menggunakan kabel telefon dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, Bukit Mertajam, pagi semalam.
Dalam kejadian 4 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun itu berang kerana isterinya yang berusia 30 tahun melayan seorang lelaki lebih muda dan ‘jambu’ daripadanya di butik milik mereka di Jalan Perniagaan Perda, Bukit Mertajam, kira-kira lapan jam sebelum itu.
Menurut sumber, ketika berada di butik terbabit pada 8 malam, suspek sudah menunjukkan sikap panas baran apabila dia meluru ke arah isterinya dan memberitahu dia tidak suka wanita berkenaan melayan pelanggan lelaki itu.
“Suspek yang naik angin turut menendang kasut dan menumbuk pelanggan berkenaan, namun isterinya sempat menghalang lelaki itu daripada terus memukul.
“Suspek turut melepaskan geram dengan menumbuk dinding sebelum wanita terbabit memujuk suaminya itu untuk berbincang perkara berkenaan di rumah mereka,” katanya.
Sumber itu berkata, bagaimanapun, ketika berada di rumah berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek menumbuk kepala isterinya beberapa kali dan menjerut leher wanita terbabit menggunakan kabel telefon.
Beliau berkata, selepas kejadian itu, suspek terus mengambil kereta dan keluar dari rumah, namun mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan itu kemudian membuat laporan polis.
“Susulan daripada itu, polis menahan suspek dan dia kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
“Siasatan awal mendapati suspek terlalu cemburu dan mendakwa pelanggan terbabit tidak mahu berurusan dengannya dan lebih banyak bertanya mengenai barang dijual kepada isterinya ketika berada di butik mereka.
“Mangsa yang berkahwin dengan suspek sejak April lalu mengalami lebam di kaki, leher dan dahi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 4:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa laa mesti nak pukul bini, dayus sungguh suami yang kaki pukul |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 38thn, baru kahwin 4 bln lalu. Harap angka je... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...umur 38 dah, br kahwin ke mmg jenis panas xde sape nak
kesian ler bini slh pilih...mujur x mati...jgn main2 org psiko nih |
|
|
|
|
|
|
|
umur 38.. separuh mati ku cari isteri by dyg nurfaizah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Choiiii jantan days hingusan |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk, ingatkan wife ni melacur ke hapa siap layan pelanggan..rupanya husband sewel kuat cemburu..mesti si wife cantik tapi husband huduh,sebab tu insecure teramat |
|
|
|
|
|
|
|
Iya kan.....
sebijik mcm Airil.....
Giler....
|
|
|
|
|
|
|
|
Frankly speaking lelaki lambat kahwin ni..... dah puas makan luar.
So bila dia kahwin..... dia ingat semua pompuan mcm ex girl dia...gebang sikit2, dapat pepet.
Jadi dia cemburu semacam takut wife bagi barang sedap dia kat orang lain.
Insecure betul |
|
|
|
|
|
|
|
Kerat je la anu tu.. bodo punya jantan |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh.sian.xpanjang umo plak. |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
sorryla xhingin daku laki sedemikian |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki lmbt kawin dah puas makan luar?
Amboi mulut..ni dh seolah tuduh laki tu bzina bagai..
Dh praktis dan merangkak kt pdg merdeka tk? |
|
|
|
|
|
|
| |
|