CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1979|Reply: 5

Dah Macam Zombi! Inilah Wajah Sebenar 'Kembar' Angelie Jolie Tanpa Mekap

[Copy link]
Post time 31-7-2018 11:33 AM | Show all posts |Read mode




Anda masih ingat pada gadis berusia 19 tahun yang menggemparkan seantero dunia dengan wajahnya mirip watak dalam filem animasi Corpse Bride?


Gadis yang turut obses dengan pelakon Angeline Jolie itu dikatakan telah membuat beberapa prosedur pembedahan plastik untuk medapatkan wajah unik itu.


Baru-baru ini, gadis itu berkongsikan fotonya sebelum melakukan perubahan. Wajah yang mulus dan segar itu sangat jauh berbeza dibandingkan dengan wajahnya sekarang!


Adakah benar dia telah membuat perubahan dramatik pada wajahnya atau sekadar solekan semata-mata?




  





Siapa Sahar Tabar?


Sahar adalah seorang remaja Iran yang dikatakan telah menjalani sebanyak 50 pembedahan dalam masa beberapa bulan. Dilahirkan pada Februari 1998, Sahar dilaporkan menjalani diet ketat untuk menurunkan berat badannya kepada 40 kilogram (kg). Dia kini mempunyai beribu-ribu pengikut di laman Instagram di mana dia berkongsikan gambar transformasinya itu.


Bagaimana rupanya sebelum pembedahan?


Sebelum memiliki wajah ini, Sahar seperti gadis lain dengan wajah normal. Dia mempunyai mata dan rambut berwarna coklat. Kini dia kelihatan memakai kanta sentuh berwarna kelabu serta memakai filler pada bibir dan hidungnya.




  





Adakah rupa terkini Sahar Tabar itu benar?


Sesetengah orang tidak yakin bahawa bintang media sosial ini benar-benar telah menjalani pembedahan berulang kali. Hidung dan tulang pipinya kelihatan berada di tempat yang berbeza setiap kali dia memuat naik foto dan video, sementara bibirnya juga kelihatan berbeza. Ini menunjukkan rupanya telah diubah suai dengan bantuan pembedahan dan solekan.





Foto: IG Sarah Tahar





Kini, netizen menganggap dia menggunakan perisian Photoshop untuk mengedit gambarnya yang tular sebelum ini.


Dalam foto ini, Sahar dilihat berbaring di atas sofa dengan beberapa kesan menunjukkan ia telah diedit. Tekaan netizen itu nampaknya benar apabila dia sendiri mengakuinya dan ia didedahkan menerusi media Rusia Sputnik tahun lalu.

"Ini adalah hasil Photoshop dan solekan. Setiap kali saya memuat naik gambar, saya melukis wajah saya dengan cara yang lebih lucu.

"Ia adalah satu seni untuk mengekspresikan diri anda," jelas Sahar, sekali gus menangkis segala spekulasi mengenai wajahnya.


Bagaimanapun, ramai netizen mengkritiknya dengan menyamakan dia persis hantu atau zombi! Ada juga orang dengan hobi sedemikian ya? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidung bentuk hidhung babi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2018 12:13 PM | Show all posts
Jenis gila like je suka buat kerja cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2018 01:05 PM | Show all posts
lantak kau laaaa...  benda2 gini pun masuk ci.  babi lah sgt... orang nak baca masalah penipuan dan kebodohan menteri2 ph ni laaa sini...   

@spiderman80 mohon humban...

Comments

Haha.... kena tag Admin6 lah, my dear Zorrro. :)  Post time 31-7-2018 09:40 PM
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 08:56 AM | Show all posts
I see... so, dia basicaly kenakan dunia...
Dengan joke dia..
Bagus bler dengan ada orang Iran yang masih bergurau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047617 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list