CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 2

[Tempatan] Rafizi dedah alasan bertanding Timbalan Presiden

[Copy link]
Post time 30-7-2018 08:11 AM | Show all posts |Read mode
AMPANG - Empat faktor utama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ketika berucap di sebuah hotel, di sini, bekas Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan beliau tidak boleh menawarkan pelbagai ganjaran namun berjanji akan membawa idealisme reformasi dalam kepimpinan parti.

"Nilai kami, undi kami dan bawa kami atas satu sebab saja iaitu kalau ahli setuju agar PKR mengangkat idealisme reformasi dan kembangkan sampai bila-bila.

"Ada empat sebab saya tawarkan diri  selepas mengadakan banyak perbincangan dengan sahabat-sahabat yang minta saya pertimbangkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Sebabnya adalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebab kedua, pengukuhan Harapan, PKR. Sebab ketiga, kerana jiwa reformasi tak boleh lari dengan PKR dan keempat, demi menjaga kebajikan akar umbi parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokongnya dalam satu majlis memperkenalkan barisan pemimpin dan calon yang bersamanya dalam pemilihan parti tahun ini.

Menggelarkan dirinya sebagai 'penganggur terhormat', Rafizi merasakan beliau merupakan orang paling sesuai untuk membantu memperkuatkan parti kerana pemimpin lain 'sibuk' dengan urusan kerajaan.

"Parti perlukan orang menganggur seperti saya sebab sahabat dalam kerajaan sibuk dengan kerja kerajaan. Dalam PRU akan datang, kita mahu PKR menang 70 kerusi Parlimen.

"Jadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlukan tangan yang kuat untuk tumpukan kepada reformasi dan masyarakat. Jadi, amat sesuai untuk saya dan Anwar Ibrahim gunakan masa terluang untuk bantu kukuhkan parti," ujarnya.

Tambahnya, beliau akan terus menegur kepimpinan parti meskipun tewas dalam pemilihan kali ini dan memberi amaran 'mulutnya tidak boleh tutup' kerana kepimpinan memerlukan proses timbang tara.

"Jangan ada mana-mana pemimpin cuba bawa budaya kotor dalam parti. Siapa-siapa, pimpinan mana bawa budaya kotor, budaya feudal, kita lawan habis-habisan. Ini parti rakyat.

"Buang politik wang, jangan gunakan kuasa untuk tindas orang. Mulut saya memang tidak boleh tutup, saya akan tegur (sebarang kesilapan pimpinan parti)," tegasnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2018 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Semangat tu bagus, Rafizi. Semoga urusan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 10:58 AM | Show all posts
Bagi saya, Rafizi seorang yang pandai, berprinsip dan rajin. Ciri2 penting yg perlu ada pd pemimpin. Setelah byk tahun, nampaknya beliau masih berpegang kpd idealism asal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053174 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list