View: 3170|Reply: 8
|
Ditanya Bila Nak Ke Mekah, Ini Jawapan Padu Dato' Aliff Syukri...
[Copy link]
|
|
Jutawan kosmetik terkenal, Dato' Aliff Syukri memang dikenali sebagai seorang yang sangat gemar berkongsi tentang kehidupan peribadinya di laman sosial. Walaupun seringkali dikutuk oleh netizen, ianya langsung tidak mengganggu emosi usahawan dan juga pelakon ini.
Terbaru, mungkin kerana jarang berkongsi tentang ibadah yang dilakukannya, seorang individu mempersoal tentang keinginan pemilik D'Herbs Holding ini untuk menjalani ibadah di di kota suci Mekah.
"Tak pernah nampak pos awak semangat ke Mekah. Bila ada cita-cita pergi Mekah?"
Dia yang memuat naik 'screenshot' tersebut di akaun Instagram miliknya, menjawab soalan yang berbaur sindiran tersebut dengan tenang dan menyatakan yang dia sudah pun menjejakkan kaki ke Mekah sebanyak 15 kali.
Dia turut menambah yang dia bercadang untuk mengerjakan haji bersama keluarga pada usianya mencapai 40 tahun.
Dalam pada itu, rata-rata ramai yang merasa geli hati dengan soalan tersebut kerana seolah-olah meminta Dato' Aliff untuk menayang segala yang dilakukannya kepada umum. Lucu pula kan, bila ditayang nanti dikecam. Apabila tidak ditayang kepada umum, ada pula yang bertanya.
Dato' Aliff juga dipuji kerana tidak berkongsi tentang ibadah yang dilakukan olehnya kepada umum kerana dikhuatiri menimbulkan perasaan riak.
Apa pun, tidak semua perkara perlu dikongsi kepada umum. Kami pasti Dato' Aliff sendiri tahu apa yang sesuai atau tidak sesuai untuk didedahkan kepada umum. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
netizen pprt sibuk tanya soalan bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
boleh laaa.. takdelah padu sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
sikit2 padu...sikit2 padu... puiii |
|
|
|
|
|
|
|
Beser beser jah. X PADU pon |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa aje jawapan..kat mana padunya?
Tp nitezen pn..sibuk hal ibadah org.
|
|
|
|
|
|
|
|
untung lah dah pegi 15 kali |
|
|
|
|
|
|
|
kan... 15 kali hokkkayyy... terdiam nitizen bila tok alif jawap soalan tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah bosan tnya soklan yg sama kat sajat ngn sapiey.. Tu yg mai provoke si bingit ni plk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|