"Nak tahu tentang 1MDB? Tahu siapa sebabkan 1MDB gagal?
Anda semua (Pakatan Harapan)!"
Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Pakatan Harapan (PH) mensabotaj projek 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika diminta mengulas mengenai skandal syarikat itu.
Kredit foto: Youtube
Dalam penjelasannya, 1MDB sepatutnya disenarai awam (public listing), tetapi usaha berkenaan digagalkan oleh campur tangan PH.
"1MDB adalah projek strategik. Saya tetap dengan pendirian saya. Anda semua yang sabotaj!" katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, lapor Astro AWANI. - CARI |