Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah Superintendan Tan Boon Hooi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila isteri mangsa berusia 65 tahun gagal mengawal Toyota Corolla ketika mengundur sebelum merempuh tiang rumah.
“Mangsa yang berdiri di belakang kereta berkenaan turut dirempuh dan akibat itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
ADVERTISING
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.
Katanya, pemeriksaan terhadap kereta itu didapati bahagian kiri dan belakangnya rosak teruk.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Julai 2018 @ 6:24 PM
siap merempuh tiang rumah.
ni tertekan pedal minyak la nih.
ada pompuan jenis mudah panik dan tak fokus bila bawak kete.
badan dalam kete, tapi fikiran merewang ke tempat lain.
video lame.
aku suka tgk di minit ke 1:52 tu, naseb baik laki dia jauh sket dari pagar,
kalo tak dah arwah kena henyak dengan kereta.
kelakar bila tengok kereta berguling kat parking rumah.
unthinkable dan mind blowing.
Aku pun pernah sekali tiba2 kaki tertekan pedal minyak. seb baik takder apa2 dekat depan kereta masa tu. Sampai sekarang aku confuse mcm mana boleh jadi mcm tu. Otak bercelaru kah masa tu sampai terconfuse?