CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 1

[Dunia] Edisi Seberang: Gadis 15 tahun mangsa pemuas nafsu abang dipenjara kerana gugur

[Copy link]
Post time 24-7-2018 12:04 PM | Show all posts |Read mode
http://www.mstar.com.my/berita/b ... 22/gugur-kandungan/

Gadis 15 tahun mangsa pemuas nafsu abang dipenjara kerana gugur kandungan


JAKARTA: Seorang remaja perempuan warga Indonesia yang dirogol abangnya dihukum penjara enam bulan kerana mengugurkan kandungan, kata polis pada Ahad.

Kedua-dua remaja berusia 15 tahun dan abangnya berumur 18 tahun, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Daerah Muara Bulian di Batanghari di wilayah Jambi di Sumatera pada Khamis lalu.

Timbalan ketua polis tempatan, Singgih Hermawan berkata, abangnya menerima hukuman selama dua tahun kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.


Pengguguran adalah dilarang di Indonesia, tetapi dibenarkan atas kes rogol, terutama sekiranya kehidupan mangsa berdepan dengan risiko.

Bagaimanapun, proses pengguguran itu seharusnya dilakukan dalam tempoh satu setengah bulan kehamilan dan dilakukan oleh pakar.

Menurut pihak mahkamah, remaja berkenaan melakukan pengguguran pada usia kehamilannya enam bulan.

Ibunya turut berdepan dengan pertuduhan kerana bersubahat melakukan pengguguran itu.

Ibu remaja itu membantu anak perempuannya untuk menggugurkan kandungan kerana bimbang dimalukan oleh jiran-jiran.

Menerusi satu pendedahan di mahkamah, gadis itu telah dirogol sebanyak lapan kali sejak September lalu.

Pada Mei lalu, penduduk kampung menjumpai janin tanpa kepala dekat ladang kelapa sawit.

Polis kemudian melakukan penahanan pada Jun lalu. - AP


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... VYui6CW3pDu0LwOj.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2018 12:35 PM | Show all posts
abangnya menerima hukuman selama dua tahun


Kebangangan apakah ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055795 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list