CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2011|Reply: 10

2 Langkah Mudah Daftar Haji Guna Simpanan KWSP Je!

  [Copy link]
Post time 19-7-2018 05:11 PM | Show all posts |Read mode


Nak tunaikan haji, tetapi kekangan wang dan tanggungjawab yang belum selesai menyebabkan hasrat terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu?


Di sini kami ingin berkongsikan satu info berguna bagi anda yang belum cukup wang untuk mendaftar haji. Ikuti dua langkah mudah ini seperti dikongsikan pemilik akaun senawangtv  di Twitter.





Foto: Twitter Senawangtv





1. Cetak penyata KWSP terkini dan salinan kad pengenalan. Bawa kedua-dua dokumen tersebut ke Tabung Haji terdekat.
2. Kemudian, maklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa anda ingin mendaftar haji menggunakan akaun simpanan KWSP.









Sebelum itu, pastikan anda memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan untuk mendaftar haji menggunakan simpanan KWSP.


1. Simpanan KWSP di dalam akaun 1 telah mencecah RM1300 atau lebih.
2. Umur ketika mendaftar haji adalah di bawah 55 tahun.
3. Sudah membuka akaun di tabung haji. Jika tidak, boleh mendaftar dengan bayaran serendah RM10.
4. Hanya pemilik akaun KSWP sahaja boleh mendaftar haji menggunakan akaun tersebut. Ahli keluarga termasuk isteri, ibu atau anak tidak dibenarkan.









Tabung haji juga tidak akan mengeluarkan wang pendaftaran haji berjumlah RM1300 dari akaun 1 selagi anda tidak mendapat giliran mengerjakan haji. Selain itu, wang sebanyak RM3000 juga boleh dikeluarkan daripada akaun 2 untuk kegunaan ketika menunaikan haji.


Mudahnya mendaftar haji! Selepas ini tiada alasan lagi. Bagi yang sedang membuat persediaan ke sana untuk musim ini, semoga urusan anda dipermudahkan di tanah suci nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Good news ni!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah cek daftar pakai kwsp...tu pun mak yg tlg daftarkan...depa kat penang cek dalam reta tgh drive...benti jap rnr nak prinskrin statement kwsp bagai...after few minutes, registered d...amazing!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh bagusnya. Nak daftar lah. Queue sekarang berapa tahun agaknya ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh, ingat kan perkara ni telah lama diketahui?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:00 AM | Show all posts
semoga senang dpt panggilan haji nnt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2018 11:07 AM | Show all posts
bukan dah bertahun2 dulu ke boleh daftar guna simpanan KWSP ni? akak dah daftar lama dah cuma tak dipanggil aje... tiap2 6 bulan hantar rayuan... masih belum ada rezeki dipanggil...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 05:16 PM | Show all posts
baguslah macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2018 05:24 PM | Show all posts
mak aih..lama dah la baru tau ke..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2018 05:25 PM | Show all posts
moonbug replied at 19-7-2018 10:43 PM
Wahh bagusnya. Nak daftar lah. Queue sekarang berapa tahun agaknya ye?

50tahun ! Kalau daftar hari ni, giliran anda : tahun 2068

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 08:28 AM | Show all posts
dah daftar. giliran aku masa umur pun dah sendu. tah sempat ke idok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.528609 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list