CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9195|Reply: 22

Kuantan Pickers, Ini Kedai Kopi Ke Kedai Besi Buruk?

[Copy link]
Post time 16-7-2018 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Sekali pandang bagaikan kedai besi buruk ataupun bengkel membaiki motosikal ataupun basikal. Rupanya-rupanya Kuantan Pickers ialah kedai kopi untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati sepotong kek yang sedap dan lazat.




Foto: Twitterr @knurarishasyafiqa




Kedai yang berkonsepkan kedai kopi Cina zaman 90an ala-ala vintage ini betul-betul membawa para pengunjung ke zaman silam. Walaupun kedai nampak seperti kedai besi buruk, tetapi rasa minuman dan kek di sini begitu tip top! Ditambah dengan harga yang berpatutan.


(Foto: Ig @kuantanpickers)




Pemilik kedai bijak menggunakan bahan-bahan yang 'old school' atau lama untuk menghiasi cafe ini. Jangan terkejut barang-barang antik lama seperti tin milo, keratan surat khabar lama dengan berita-berita menarik tersusun cantik menjadi hiasan dinding cafe ini.


(Foto: Ig @kuantanpickers)


(Foto: Ig @kuantanpickers)


(Foto: Ig @kuantanpickers)



Apa yang menarik di Kuantan Pickers?


Cafe milik bumiputera


Walaupun cafe ini membawa konsep ala-ala kedai kopi cina taun 90an, pemiliknya adalah seorang bumiputera dan sudah pasti ianya halal. Jadi, bagi anda yang tinggal sekitar Kuantan, jangan lupa untuk singgah sini.


Kek-kek yang sedap


Sebenarnya sebelum membuka cafe ini, pemiliknya suda mula menjual kek home made dari rumah sebelum mengembangkan perniagaannya. Melihat instagram pemilik cafe, memang banyak kek yang dihasilkan dan mendapat komen-komen positif dari para pelanggan. Memang patut la ramai yang memuji rasa kek yang terjual di cafe ini kan.










(Foto: Ig @kuantanpickers)



Amacam? Menarik kan? Konsep kedai sebegini memang sesuai untuk anda yang hendak lepak bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati makanan ringan. Jangan lupa untuk ke sini ya! - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
saya ada lalu je kedai ni.... betul ingat kedai jual moto lama.. suasana memang mcm zaman 80 - 90 an.... the voyagers
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 08:21 AM | Show all posts
nazrul ni sendiri jual barang2 & mainan terpakai kat carboot sales utc kuantan
dah ada kedai ni tak  jual la dah kot situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:20 AM | Show all posts
kuantan ni byk jugak tempat hipster2
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 10:08 AM | Show all posts
Nampak sedap cakes ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 11:58 AM | Show all posts
nampak sedap & menarik keknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2018 12:49 PM | Show all posts
jln besar ni, area kula cakes ke tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 01:52 PM | Show all posts
sedapnya kek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2018 03:41 PM | Show all posts
minahmanja replied at 17-7-2018 12:49 PM
jln besar ni, area kula cakes ke tu..?

yup
sebaris je tapi sebelum kula cakes tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 03:47 PM | Show all posts
kek nampak sedap tapi kalau tengok kedai pikir 2 3 kali dulu nak masuk ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 04:46 PM | Show all posts
ada review tak yg dah pergi kedai ni? kek2 dia nampak sedap lah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 06:12 PM | Show all posts
woww kek dia nampak sdpp
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
lawa kedai dia. kalau kedai mcm ni harap2 tandas pun  lawa. akak tak larat kalau kedai lawa, tandas mcm rumah kongsi. tak percaya pegi je la restoran area2 uptown bangi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah area sini mmg surrender nk pegi. Parking susah. Btw, kopi akar wujud lg ke x? Asal lalu asik tutup je
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 03:02 PM | Show all posts
selalu lalu jalan ni tapi tak perasan pula ada kedai ni...  boleh la try nanti. kek dia nampak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 03:04 PM | Show all posts
anony-mous replied at 18-7-2018 06:58 AM
Kalau dah area sini mmg surrender nk pegi. Parking susah. Btw, kopi akar wujud lg ke x? Asal lalu as ...

ntah aku pon lama da xpegi..bwk adik2 aku seme surrender minum akar kopi pastu pening kepala trus dorg xnak da join walau kedai lawo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2018 03:06 PM | Show all posts
anony-mous replied at 18-7-2018 06:58 AM
Kalau dah area sini mmg surrender nk pegi. Parking susah. Btw, kopi akar wujud lg ke x? Asal lalu as ...

wujud lagi akar kopi
ya area ni kalau weekend ataupun lepas office hours baru ok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mystica replied at 20-7-2018 03:06 PM
wujud lagi akar kopi
ya area ni kalau weekend ataupun lepas office hours baru ok.

Tq for the update! Next time boleh pegi lg. Dah 2 kali pegi tutup. Tp klau time cuti pnjang, dia slalu tutup la. Melayu klau dah maju mcm gitu la
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
paku_karat replied at 20-7-2018 03:04 PM
ntah aku pon lama da xpegi..bwk adik2 aku seme surrender minum akar kopi pastu pening kepala trus  ...

Kopi dia kaw. Mgkin adk2 u xbiasa minum kopi kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
mana lg sedap? sini ke kula cakes?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087149 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list