Menang di hati rakyat Malaysia.
Begitulah yang boleh diibaratkan terhadap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) apabila beliau tidak meninggalkan dewan rakyat, ketika ramai pihak pembangkang lain keluar dewan telah dirakamkan oleh media elektronik.
Video berdurasi 1 minit 24 saat itu 'trending' di Twitter dengan menonjolkan KJ bersama seorang lagi ahli Parlimen Kimanis, Dato Sri Anifah Amin yang turut tidak berganjak dari tempat duduk dewan.
Mungkin pihak pembangkang mempunyai alasan tersendiri kenapa memprotes dewan parlimen namun pendirian tegas KJ nyata mencuri hati netizen Malaysia.
Gelagat KJ mendapat perhatian ramai netizen terutamanya golongan belia yang membuatkan 'post' ini semakin 'trending'.
Malahan ada yang membuat dialog sendiri bersandarkan video pendek tersebut.
Foto: Says
Ya, dengan kuasa media sosial di hujung jari, ianya mendapat perhatian ramai pihak lalu memuji kepimpinan KJ.
Sebaliknya, ada pemerhati yang menyatakan KJ mempunyai agenda tersembunyi.
Malahan, ahli parlimen Muar, Syed Saddiq juga turut memberi kredit kepada KJ dan Ermieyati Samsudin.
Foto : Twitter
Namun, adatlah, bagi pihak pembangkang pula, bukan aksi KJ yang patut diketengahkan tetapi kenapa ahli parlimen memboikot.
CARI juga sempat memetik komen-komen yang kelakar, sekadar menghiburkan pembaca.
Walau apapun, baru hari pertama Dewan Parlimen bersidang, pasti banyak cerita yang akan didengari selepas ini. Moga politik kita termasuklah ahli politik semakin matang dalam mendepani sesuatu isu. - CARI |