Walaupun telah dinasihati supaya tidak menegur perihal hijab dan dan aurat di khlayak ramai, namun masih ada yang menggunakan media sosial untuk menghentam secara terbuka.
Jari-jemari dengan mudah mengetuk papan kekunci untuk memberikan nasihat kononnya. Ia kadangkala kurang sesuai kerana akan menimbulkan pertelagahan dan akhirnya menjadi medan untuk mengutuk sesama sendiri.
Foto: Instagram Emma Maembong
Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong berkongsi foto ibunya dengan kapsyen ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran wanita itu.
Dalam muat naik foto yang telah mendapat lebih 50 ribu like itu, Emma menyatakan rasa bertuahnya kerana memiliki ibu terbaik di dunia. Peminat yang mengikuti perkembangan Emma turut memberikan ucapan kepada ibunya.
Namun, beberapa jam kemudian, ruangan komen dipenuhi teguran mengenai solekan tebal ibu Emma dan imejnya yang tidak behijab.
Ianya bermula apabila seorang netizen menegur ibunya yang tidak menutup aurat sedangkan Emma bertudung litup. Komen itu telah dipersetujui lebih 50 orang, lalu menjadikannya komen di tangga teratas.
Foto: Instagram Emma Maembong
Emma sempat membalas komen-komen tersebut kerana berasakan tidak adil untuk ibunya ditegur sedangkan ramai lagi orang lain yang mempunyai imej sama.
Bagi penulis, nak tegur boleh, tapi biarlah bertempat. Bukankah Emma sedang meraikan ulang tahun kelahiran ibunya. Berilah mereka peluang, tak perlulah rosakkan mood mereka. Pembaca ada kaedah sesuai membanteras gejala ini? Jom kongsikan. - CARI
|