CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7694|Reply: 42

Aiman tino bagi petua hadapi hencapan makcik dan pakcik onion

[Copy link]
Post time 12-7-2018 10:21 AM | Show all posts |Read mode


KECOH seketika dunia hiburan negara dengan kisah pengakuan depresi oleh penyanyi remaja popular, Haqiem Rusli baru-baru ini yang rupa-rupanya sekadar gimik pelancaran single terbaharunya.





PROFESIONAL. Semakin matang menangani perkara negatif yang hadir dalam hidupnya, Aiman berkata, ia perlu ditangani dengan sikap profesional sebagai seorang artis.


Pengakuan itu sekali gus mendapat pelbagai respons daripada peminat yang rata-ratanya kecewa dengan penipuan itu, malah ramai artis lain menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan tindakan yang tidak rasional tersebut.

Sebagai rakan seperjuangan, penyanyi Aiman Tino turut terkesan dengan isu itu.

Namun, kesan yang dimaksudkan bukan merujuk kepada perasaan tetapi sebaliknya ia mencuri perhatian penyanyi berusia 20 tahun tersebut untuk turut membuka mulut dan menyuarakan pendapat sebagai seorang rakan artis.

Bagi pelantun lagu Ku Sesat Dalam Rindu itu, dia tidak menafikan kehadiran kelompok penyanyi baharu seperti mereka sejak beberapa tahun lalu mendapat perhatian luar biasa.

Ada yang suka, malah tidak kurang juga ramai yang mencela. Nama Aiman berada pada carta paling atas dalam senarai penyanyi baharu yang kerap menerima kecaman saban hari.

Siapa sangka, selang purnama berganti, segala fasa kritikan yang dilaluinya kini sudah semakin perlahan hinggap berbanding pada awal kemunculannya dahulu. Jujur akuinya, dia pernah berasa tertekan apabila kerap menjadi bahan kecaman.


Sukar
Namun, langkah yang diambilnya pada waktu itu adalah dengan tidak menghiraukan komen netizen selain banyak meminta nasihat daripada orang terdekat.

“Tipulah kalau cakap saya tidak terkesan membaca komen orang yang kebanyakannya semua mengutuk saya. Memang ada rasa tertekan sedikit tetapi tidaklah sampai depresi.

“Apa yang saya lakukan untuk menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan perkara negatif sebegitu adalah tidak mengendahkannya selain banyak meminta nasihat daripada ibu bapa kerana mereka orang yang paling memahami diri kita saat suka dan duka,” kongsi Aiman.

Pun begitu, pencapaian yang diraih pemilik nama sebenar, Mohammad Aiman Yusri itu dalam arena nyanyian cukup membanggakan apabila kehadirannya mencetus fenomena sekitar 2016 menerusi debut Ku Rela Dibenci.
Sehingga kini, klip video lagu berkenaan masih berada dalam carta nombor satu jumlah tontonan paling tinggi di laman carian YouTube iaitu lebih 46 juta.

Malah, personaliti yang ramah dan berwajah polos serta keanak-anakan menjadikan dia senang didekati peminat termasuklah golongan kanak-kanak.

Namun di sebalik populariti yang menjulang tinggi itu, Aiman mengakui hidupnya tidaklah seindah yang dilihat orang ramai kerana sebagai manusia biasa, dia juga mempunyai perasaan terkilan tatkala dikecam tanpa sebab.

“Tapi itu dululah. Lama-lama, apabila baca komen netizen contohnya, saya sudah tiada rasa apa-apa. Kelakar pun ada juga kerana mereka sanggup menghabiskan masa untuk kita.

“Secara tidak langsung sebenarnya ia membantu nama kita untuk dikenali. Jadi, sebagai artis kita juga perlu hargai perkara negatif sebegini sebab ia salah satu daripada proses kehidupan,” katanya.

Memahami keberadaan dalam industri tidak menjanjikan kemanisan sepanjang masa, Aiman menitip pesanan buat rakannya itu untuk mendepani hari-hari mendatang.


Nasihat
Tegasnya, anak seni biarpun baru mahu bertatih dan berada dalam fasa usia yang masih muda sepatutnya jangan terlalu memikirkan kata-kata orang, apatah lagi jika ia adalah sesuatu yang negatif kerana mulut manusia boleh berkata apa sahaja yang mereka suka.

“Semua orang pernah laluinya, bukan kami sahaja. Cuma tidak hanya sedikit yang mampu terima perkara negatif seperti ini dalam hidup mereka dengan baik.
“Bagi saya, apabila sudah masuk dalam industri, mahu atau tidak kita perlulah hadapi situasi sebegini.

“Apa yang netizen kata, ambil yang positif untuk kita jadikan panduan dalam hidup, manakala yang positif buanglah jauh-jauh,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Permata Cinta itu berkongsi perkembangan terkininya yang bakal muncul dengan sebuah lagu baharu.

Istimewanya, lagu tersebut akan menampilkan sisi berbeza Aiman yang selama ini serasi dengan imej lagu balada 1990-an.

“Lagu baharu ini sangat berbeza dengan kesemua lagu saya sebelum ini. Apa yang saya boleh kongsikan buat masa sekarang adalah ia lari daripada imej saya selama ini.

“Cuma saya tidak mahu ia berlaku mengejut kerana faham penerimaan peminat. Jadi caranya, saya akan kongsikan perubahan itu sedikit demi sedikit di laman sosial, contohnya dari segi penampilan diri,” ujarnya yang juga bakal berkolaborasi dengan seorang komposer untuk menghasilkan lagu tidak lama lagi.

Tempoh tiga tahun bergelar anak seni, ada banyak duri dan ranjau yang telah dilalui Aiman Tino. Menjadikan semua itu sebagai kekuatannya meneruskan langkah dalam industri, kata Aiman, jangan cepat mengalah hanya kerana terkesan dengan pandangan orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis muda contoh. Tak silap dia donate rm40k utk tabung artis veteran karyawan sblm ni. In return dia dpt plat number AIM47 tak silap. Matang dan bijak bawa diri walaupun tahap pendidikan sama je dengan artis yg mengaku murung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 12-7-2018 11:18 AM
Artis muda contoh. Tak silap dia donate rm40k utk tabung artis veteran karyawan sblm ni. In return d ...

Aiyoh byaknya duit heols 40k derma gitu2 jah. Sobs
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sokmogitu at 12-7-2018 11:30 AM
Orix replied at 12-7-2018 11:22 AM
Aiyoh byaknya duit heols 40k derma gitu2 jah. Sobs


Apalah sgt 40k drpd income dia yg byk tu. Jd duta Canon je dh brapa  ratus ribu dia dpt. Kira dia bijak lah sbb nak stay lama dlm industri dia participate dlm aktiviti persatuan artis. Dari situ dia akan dpt bigger connection... plat yg dia dpt tu kalau bid balik lagi 10 thun silap2 double drpd 40k
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 12-7-2018 11:18 AM
Artis muda contoh. Tak silap dia donate rm40k utk tabung artis veteran karyawan sblm ni. In return d ...

Tahap pendidikan SPM tapi yg acah murung tu suka ponteng sekolah dan otak tak cerdik langsung.

Aiman ni pun ada ke buat masalah kuramg ajar? Buat fitnah tuduh orang tiru lagu dia atau dia curi karya orang? Tak pernah dengarlah pula.

Yg acah murung tu dahlah suka buat caption membawang haters kononnya. Siapa kritik atau tak puji je dilabel haters.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:15 PM | Show all posts
Haqiem kena belajar dgn Dek Aiman, hati tisu sgt .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembawakan family pon penting. Dik Manno 1 family macam tu juga lg takda la kekwat ke rasa bagus ke. Dik Manno kat umah jalan jalan naik motor je lepak dengan kawan kawan depan rumah ke depan sekolah ke. Dik Manno pon instead of buying super or fashion car, he invest to buy family car. Plus mak ayah dia orang business so memang ada skill communication yg bagus. Family background pon mmg dihormati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Manno ni bff pian kan. Jadi dapat tempias aura org terpelajar. Qiemrus tu hidup dgn tinmilo je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 01:30 PM | Show all posts
iols suka tgk tinno ni psl pandai bawak diri..entah tgk tv hari tu. program apa masak2 berbuka kat umah dia. dia masak kueteow.

fmily pon low profile gitu..
dia rajin tlg mak dia kat kedai makan kan?


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:36 PM | Show all posts
aww nasihat dek aiman ni positif sgt
walaupon iolls bukanlah penggemar lgu heols tp npk heols matang dr geng2 retis BBNU yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:39 PM | Show all posts
Manno ni takder aura negatif macam Qieqie.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:41 PM | Show all posts
tiber minat dgn dik mano & dik khai

pangkah terus dik kimross poyo
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:42 PM | Show all posts
sokmogitu replied at 12-7-2018 11:28 AM
Apalah sgt 40k drpd income dia yg byk tu. Jd duta Canon je dh brapa  ratus ribu dia dpt. Kira di ...

sheols ini yang view youtube juta2 kan??
kalau syarikt rakaman kongsi hasil iklan youtube, itu dah berapa heshe dapat dari iklan youtube.

jangan di lupai, di US ramai bebudak2 jadi jutawan atas hasil buat review product kat youtube jah, janji view nya kena juta2 la sis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 12-7-2018 01:42 PM
sheols ini yang view youtube juta2 kan??
kalau syarikt rakaman kongsi hasil iklan youtube, itu da ...

Rasanya income dia byk dr royalti digital, share dlm produk yg dia endorse - maksudnya dia bijak sbb ambik profit sharing endorsement, manakala endorsement dr syarikat2 besar cam Canon dia punya retaining fee mesti masyuk. Show dia byk, masyuk jugalah kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 02:50 PM | Show all posts
aiman ke aqiem ke
dedua pon ade kelebihan memasing

n plis jgn nk kecam aqiem k..
iolls is kecewa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiman punya lagu semua back to back
hits kot sejak debut, satu pencapaian yg even Khai Bahar, Pian Suhaimi dan HR susah nak
lawan. Belum cerita pasal youtube views lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mek skrg dh suka manno. Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:10 PM | Show all posts
Si HR tu bongok tu dia ingat  kemencapuban dia tu menjadi la.. last2 kene kutuk balik harap dia tambah stress...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:31 PM | Show all posts
akk suka si qiqi pada mulanya

tapi sejak depress ke hulu ke hilir plus bila dengar jawapan dia bila diwawancara mana2 prog tv


akk jadi menyampah


tetiba suka khai bahar , dek aiman suka gitu2 je
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 04:55 PM | Show all posts
meollss stat suka dik manno ni time dia bgi rm40k tu..plus plak heollss ni xmerempan kat socmed n nampak bijak je walaupn retis BBNU n sllu kne kecam sbab lagu2 heollss ni..xpe dik manno, hakak sokong adek!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072252 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list