View: 1310|Reply: 13
|
[Dunia]
Mandzukic musnahkan harapan England
[Copy link]
|
|
MOSCOW 12 Julai - Mario Mandzukic muncul wira Croatia apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan bagi membolehkan pasukannya mengetepikan England 2-1, sekali gus menempah tiket ke pentas akhir berdepan Perancis, Ahad ini.
Penyerang Juventus itu meledak gol pada minit ke-109 untuk melengkapkan kebangkitan skuad Vatreni membolehkan Croatia, yang juga merupakan sebuah negara kecil dengan populasi penduduk sekitar 4 juta, melakar sejarah apabila mara ke final Piala Dunia buat julung kalinya.
Three Lions terdahulu seakan berpeluang menamatkan penantian gelaran juara yang kali terakhir diraihnya pada 1966 apabila sepakan bebas Kieran Trippier meletakkan England satu kaki ke final seawal minit kelima.
Bagaimanapun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila Ivan Perisic meletakkan Croatia kembali ke atas trek Piala Dunia dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-68, sebelum mengheret mereka ke masa tambahan buat kali ketiga dalam tempoh 10 hari.
Perancis dilihat berpeluang cerah untuk muncul juara setelah mendapat satu hari tambahan rehat menjelang pertembungan akhir Ahad ini setelah mengatasi Belgium 1-0 semalam.
Bagaimanapun ia bukan alasan bagi Croatia, di mana negara kecil seperti Uruguay juga pernah mengatasi Brazil untuk menjuarai Piala Dunia edisi 1950.
England yang dibimbing Gareth Southgate turun dengan harapan tinggi bagi melakar sejarah baharu apabila mara ke separuh akhir buat kali pertama selepas 28 tahun.- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Yayyyyy....kicked the colonizer off! |
|
|
|
|
|
|
|
wow! |
|
|
|
|
|
|
|
yessss
|
|
|
|
|
|
|
|
it's coming home la sgt
final pun xlps
korg je la blk rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Croatia. Saya nak tuntut janji dari Mod utk beri kredit sebab buat tekaan betul semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
FRANCE FRANCE FRANCE FRANCE |
|
|
|
|
|
|
|
Nak sokong siapa pulak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
patut la kalah, suwey betul la
|
|
|
|
|
|
|
|
sukor england kalah... tp bahana negara panatik bola, pasangan jd mangsa lepas geram.
When England play a match, there's a 26% increase in reports of domestic abuse. When they lose, reports go up 38%. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sukaaaaa england kalah . |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik tgok powerhouse je main kat semifinal n final.. Sesekali tgok underdog lg syok.. |
|
|
|
|
|
|
|
england ngan liverpool fan mempunyai persamaan.bongkak,berangan,tonggong...kalah |
|
|
|
|
|
|
| |
|