|
Che Ta menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan individu bernama Zuriati Abdullah. Siap buat laporan polis dan mengharapkan agar wanita itu segera ditangkap pula! Kenapa ya?
Menerusi Instagramnya, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan memuat naik sebuah rakaman video mendakwa bekas pekerjanya itu menipu dan mencuri produk syarikat.
"Hari ini saya dah buat laporan polis mengenai bekas pekerja saya yang menipu, menyeleweng, dan juga menyamar.
"Saya berharap polis mengambil tindakan segera supaya golongan penipu sedemikian tidak berleluasa dan menipu lebih banyak mangsa kelak," katanya.
Foto: IG Che Ta
Menurut Che Ta, sudah ramai menjadi mangsa Zuriati yang menipu dengan menggunakan nama syarikat termasuk SimplySiti dan syarikat pengeluar minyak wangi De'Xandra.
"Dia curi barang daripada saya dan menghantar kepada stokis. Kemudian, stokis membuat bayaran terus kepada akaunnya," katanya.
Tambah Che Ta, wanita berkenaan menipu kononnya sudah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun syarikat, namun dia sebenarnya hanya memberikan slip bank yang sudah diedit.
"Saya berharap, penipu macam ni dapat dihapuskan," tegasnya.
Wah, hebat juga Zuriati Abdullah itu ya. Sudah ramai menjadi mangsanya, namun masih berjaya melepaskan diri. Ada sesiapa mengenali wanita itu? - CARI
|
|