Baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis yang dipercayai menghidap kanser apabila sekeping foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya disertai dengan tanda pagar (# hashtag) melawan kanser.
Walaupun ibunya, Norashikin Mohd Aziz enggan mengulas lanjut mengenai barah yang dihidapi oleh anaknya, namun dia mengesahkan bahawa anak kesayangannya itu sedang menjalani rawatan termasuk menghadapi masalah dengan jantung dan paru-parunya.
Semalam, Norashikin menerusi akaun Instagram miliknya, @thohustler meluahkan rasa kesal apabila ada beberapa individu yang kurang sensitif yang menjadikan isu sakit Puteri Balqis sebagai satu berita sensasi dan panas.
"Anak sakit bukan berita hangat/ cerita sensasi, syaitann. Gua bukan makcik bawang"
Sementara itu, rata-rata kenalannya meminta dia untuk bersabar dalam melayan kerenah 'mak cik bawang' yang sebenar itu.
Abaikan dan sabar. Kita tak perlukan orang sebegitu dalam hidup..
Foto: Instagram ibu Balqis
Semoga Puteri Balqis sembuh sepenuhnya..
Siapalah agaknya yang 'membawang' tanpa memikirkan perasaan si ibu tu ye? Sama-samalah kita menjaga adab dan bahasa. Kalau rasanya tidak mampu untuk berkata baik, berdiam diri adalah lebih molek kerana kita tidak tahu derita yang sedang ditanggung oleh Puteri Balqis sekeluarga.
Sama-sama kita doakan agar Puteri Balqis dapat sembuh sepenuhnya. -CARI |