Edited by cmf_BeachBoys at 27-7-2018 06:14 PM
KUALA LUMPUR: Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Kandis ditetapkan pada 4 Ogos sementara penamaan calon pada 21 Julai ini.
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood pada sidang media, hari ini, lapor media.
PRK Dun Sungai Kandis diadakan susulan kematian penyandang, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.
|