CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 0

[Tempatan] Setakat Ini Hanya 4 Remaja Berjaya Diselamatkan

[Copy link]
Post time 8-7-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Setakat ini hanya empat remaja dalam kalangan 13 yang terperangkap di dalam gua Tham Luang, Chiang Rai sejak dua minggu lalu berjaya dibawa keluar malam kelmarin.


sumber : carian internet



Memetik laporan Astro Awani, perkara itu disahkan oleh Narongsak Osottanakorn, bekas gabenor Chiang Rai yang juga merupakan ketua misi menyelamat operasi tersebut.

"Dua remaja lelaki menjadi yang pertama dikeluarkan pada jam 7 malam waktu tempatan."

"Mangsa ketiga pula dilaporkan dikeluarkan dari gua tersebut pada jam 7.15 malam waktu tempatan manakala mangsa keempat dikeluarkan dalam 30 minit kemudian."


Menurut Narongsak Osottanakorn, waktu yang paling kritikal dalam misi ini ialah apabila hujan turun semula dan menyebabkan kami mempunyai masa yang terhad.


"Hari ini adalah hari penentu dan kesemua remaja lelaki itu telah bersedia untuk mengharungi cabaran."

"Paras oksigen yang makin berkurangan juga menjadi cabaran utama," katanya pada sidang media di tapak operasi berkenaan.


sumber : carian internet

sumber : carian internet




Susulan itu, Narongsak menambah, misi SAR terpaksa ditangguhkan kerana pasukan penyelamat memerlukan sekurang-kurangnya 10 jam untuk membuat persiapan bagi operasi seterusnya.


sumber : carian internet



Sehubungan itu, Jumaat lalu, kematian seorang bekas penyelam tentera laut Thailand yang kekurangan oksigen dalam gua tersebut memperlihatkan operasi itu berbahaya termasuk kepada golongan profesional.


sumber : carian internet



Sementara itu, Ketua Jabatan Kesihatan Chiang Rai, Tossathep Boonthong yang juga menyertai pasukan penyelamat berkata, mereka yang dikeluarkan kemudiannya diperiksa di hospital lapangan berhampiran gua.


Kesemua mereka kemudiannya dipindahkan ke Hospital Chiang Rai dengan ambulans dan helikopter tentera.


Usaha menyelamat seramai 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, utara negara ini sejak dua minggu lalu, bermula semalam.- CARI


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list