"Saya sendiri takkan sesekali menjadikan isu sakit, mati dan perkara serius lain
sebagai pelaris atau bahan promosi produk."
Gara-gara 'gimik kemurungan' Haqiem Rusli, ramai rakan artis turut sama terkena tempias kontroversi melandanya itu. Antaranya termasuklah Ismail Izzani dan Nabila Razali yang dikatakan 'pencetus' kepada idea gimik.
BACA JUGA: "Aku Hadap Tonsil Pun Orang Kata Gimik!" - Ismail Izzani Kena Tempias Haqiem Rusli?
Segelintir peminat dan netizen mendakwa gimik dilakukannya ketika mempromosikan video muzik Pematah Hati sama dengan pendekatan digunakan Haqiem.
Bagaimanapun, Nabila menegaskan elemen putus cinta yang digunakannya bukanlah isu serius hingga mampu mencetuskan kebimbangan di kalangan ramai.
"Sebelum tampil bersama idea putus cinta itu, saya dan pihak pengurusan sudah mempertimbangkan pelbagai perkara. Lagi pun, idea dan subjek yang saya gunakan adalah berbeza," jelasnya kepada BH Online.
Foto: IG Nabila Razali
Sehubungan itu, Nabila meminta jasa baik orang ramai supaya tidak terus menghentamnya.
Aduhai, berantai-rantai pula isu kontroversi Haqiem Rusli ini ya. Habis semua orang ditarik bersama. Diharap, mana-mana artis terutama pendatang baru yang menggunakan jalan mudah untuk mencari publisiti, fikirlah masak-masak. Sudah bersedia fizikal dan mental ke? - CARI |