Selepas kejayaan drama bersiri Nur yang meruntun hati rakyat Malaysia, rasanya tiada drama yang betul-betul boleh mengulang fenomena tersebut. Sukar atau penerbit drama lebih selesa dengan cerita adaptasi novel yang juga mempunyai peminat sendiri.
Namun, apabila ada netizen yang bersuara mengenai betapa 'cliche'nya adegan drama Melayu, ramai yang turut bersetuju dengan adegan yang tidak logik itu.
Foto : Twitter
Ada yang menyatakan ia hanya terhad kepada orang cantik sahaja. Jadi, padanlah terjadi dalam drama semata-mata.
Betul juga, jika di dunia realiti sebenarnya ia tidak berlaku pun.
Ada pula netizen yang menyifatkan drama Melayu bodoh kerana terlalu banyak adegan kemalangan.
Pastinya drama yang tengah 'hot' sekarang iaitu 'Sejuta Rasa Buat Adelia' yang menjadi sasaran.
Netizen yang lain turut menyenaraikan adegan yang tidak logik dalam drama.
Namun, ada juga yang membela drama Melayu yang sebenarnya banyak sisi positif tetapi disalah anggap oleh ramai penontonnya.
Foto : Google
Jadi, bagaimana? Ada penggiat drama tempatan mahu mengambil cabaran netizen sekaligus membuktikan bahawa drama Melayu sebenarnya sangat bagus. - CARI |