View: 1879|Reply: 12
|
Tak Bagi Tangkap Suami, Wanita Serang Polis Dengan Pisau
[Copy link]
|
|
Wanita enggan memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menghalang suaminya daripada dibawa ke balai kerana disyaki mencuri kenderaan, kelmarin.
BH Online melaporkan, wanita berkenaan menyerang polis dengan pisau dalam kejadian jam 5 pagi itu, di sebuah unit kediaman di Penampang.
Sebelum itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bergegas ke lokasi bagi membuat pemeriksaan sebaik menerima maklumat berkaitan kes curi kenderaan.
Sebaik tiba di hadapan rumah itu, seorang wanita enggan memberi kerjasama dan tidak membenarkan anggota polis masuk untuk pemeriksaan, kata Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.
Wanita itu, bagaiamanapun membenarkan anggota masuk selepas 15 minit berunding dan polis mendapati suaminya bersembunyi di dalam almari.
"Wanita terbabit kemudian berlari ke dapur dan mengambil sebilah pisau untuk menyerang anggota polis, dipercayai bagi menghalang polis daripada menahan suaminya.
"olis cuba menghalang namun wanita itu namun dia mengugut mencederakan diri sendiri. Seorang anggota yang cuba menghalang dan merampas pisau cedera di ibu jari tangan kanan.
"Bagaimanapun, anggota polis kemudian berjaya menahan wanita berusia 34 tahun itu dan suaminya sebelum dibawa ke IPD Penampang," katanya.
Wanita itu ditahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
helok le dgn kau2 sekali masuk jel sbb menghalang tugas penjawat awam, mencederakan orang. harap2 takde anak lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suami pencuri pun beria nak pertahankan, kan dah kena angkut dengan polis{:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Suami x guna tu
Biaa msuk dalam |
|
|
|
|
|
|
|
isap dadah kot, jadi tk btul |
|
|
|
|
|
|
|
najib kena tangkap..bik mama releks n kool jer... |
|
|
|
|
|
|
|
sayang tak bertempat nih! |
|
|
|
|
|
|
|
adui hai x pasal pasal ngan ko ko skali kena bwk... duk la balai kan... tu kalau polis tu x charge ko kira beruntung le... kalau x hadap le duk jail skali |
|
|
|
|
|
|
|
macam macam lah haiii.............. |
|
|
|
|
|
|
|
janji berlaki dari andartu atau janda.. |
|
|
|
|
|
|
|
#asalberlaki rasa lah jail sekali dgn husband sebelah sebelah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|