Foto: IG Ogy/Ellie Suriaty
Kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja menjadi isu paling hangat dibincangkan masyarakat hari ini termasuk golongan selebriti, malah ia turut mencuri tumpuan dunia.
Menerusi muat naik terkini di laman Instagramnya, Fauziah Ahmad Daud terpanggil untuk memberi sepatah dua kata berhubung situasi gamat yang berlaku di perkarangan mahkamah, semalam.
Satu dunia dok tengok, malu wei!!
"Tidak beradab, memalukan!" katanya.
Fauziah atau lebih mesra disapa Kak Ogy berasa meluat dengan tindakan penyokong Najib yang mendesak sidang media Peguam Negara Tommy Thomas diadakan dalam Bahasa Melayu.
Sementara itu, rata-rata pengikutnya merasakan posting berkenaan bertujuan menyindir pelakon Ellie Suriaty yang tampil di kalangan penyokong agresif terbabit hingga nyaris ditahan pihak berkuasa.
Mungkin ditujukan kepada Ellie Suriaty kot
"Ellie tu pelakon, kan? Malulah terjerit-jerit. Dahlah bini orang, tak adab pulak tu di kawasan mahkamah," komen netizen.
Pun begitu, segelintir netizen memihak kepada Ellie dan menasihati Kak Ogy supaya tidak menyibuk. Namun, dibidas pelakon berkenaan.
"Apa bukti saya sindir individu berkenaan?" soalnya.
Foto: IG Ogy
Ada benarnya juga apa yang dikatakan Kak Ogy. Betul niat mereka mahu menegakkan hak berbahasa Melayu, tetapi tindakan mereka yang tidak menunjukkan adab sebagai orang Melayu itu agak melampau dan memalukan di mata dunia. - CARI |