Edited by cmf_BeachBoys at 4-7-2018 05:40 PM
Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap 3 pertuduhan melakukan pecah amanah dan 1 dakwaan menyalahgunakan jawatannya membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Bekas Perdana Menteri itu meminta dibicarakan selepas 4 pertuduhan itu dibacakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sophian Abdul Razak.
sumber : FMT
Memetik laporan Harian Metro, hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin untuk semua pertuduhan.
Bayaran secara ansuran dibenarkan oleh mahkamah di mana RM500,000 dibayar hari ini dan baki sebelum 3 petang Isnin depan.
Najib juga perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam kepada mahkamah dan 8 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes.
sumber : Berita Harian
Jaminan itu dibayar oleh dua orang anaknya iaitu Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib di bank dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kedua-dua anak Najib itu enggan ditemubual sejurus keluar dari bank berkenaan.
Dalam pada itu, Najib meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira 3.30 petang.- CARI
|