CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5761|Reply: 43

Suburnya! Strawberi Dari Gaza Memang Terbaik, Tapi Sayangnya..

[Copy link]
Post time 4-7-2018 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Gaza, Palestin sememangnya dikenali dengan tanah yang paling subur dalam bidang pertanian. Antara tanaman popular di sana ialah kurma, anggur dan macam-macam lagi.

Bumi Gaza juga tidak ketinggalan dalam penanaman buah strawberi.






Penanaman buah strawberi hanya ada di wilayah utara Gaza sahaja kerana di kawasan ini, tanah dan keadaan persekitaran di sini lebih sesuai untuk menanam pohon strawberi.

Rata-rata tahu bahawa bumi Palestin mendapat tentangan hebat dari pihak Israel tidak kira dari segi pertahanan, ekonomi dan juga hak. Keadaan ini menjadikan buah-buahan khususnya strawberi ini tidak dapat di eksport ke luar negara secara besar-besaran.

Jom lihat betapa subur dan segarnya strawberi yang dihasilkan di ladang-ladang yang terdapat di bahagian utara Gaza ini.

Buah strawberry yang besar dan cantik yang terdapat di ladang tanah Gaza (Foto: pamoaksya)



Seorang wanita menunjukkan strawberry yang dijualnya (Foto: pamoaksya)




Selain mengusahakan ladang bagi tujuan jualan, terdapat juga ladang-ladang yang dibangunkan bagi tujuan pelancongan dan juga pembelajaran.


Sebagai contoh, memetik dari aneera.org mengatakan Ladang Akram sebuah ladang yang terletak di Beith Lahia, Gaza adalah antara ladang yang aktif membuka ladangnya pada orang ramai untuk melawat dan juga pada pelajar-pelajar sekolah bagi tujuan pembelajaran.


Pengunjung ladang strawberry berpeluang untuk memetik buah dengan sendiri dan merasanya (Foto: Aneera.org)



Ladang strawberry yang dibuka untuk kanak-kanak dan pengunjung bagi tujuan pembelajaran (Foto: Aneera.org)




Mengambil nama dari pengusaha yang bernama Akram, pengusaha ladang ini begitu mempunyai minat dalam bidang pertanian bermula dari kecil lagi semasa ayahnya mengusahakan kebun sayuran secara kecil-kecilan.


Akram di ladang usahaannya (Foto: Aneera.org)




Memang tidak dinafikan lagi betapa tanah Palestin mempunyai kesuburan yang tersendiri. Walaupun hidup mereka sering ditekan oleh musuh-musuh luar terutamanya Israel, mereka tetap mampu meneruskan kelangsungan hidup dan diberikan Allah kurnia mempunyai tanah yang subur untuk mereka bercucuk tanam mencari rezeki. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols cukup suka stoberi
Masam ke manis me
Janji stobrri
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya stoberi acik tu pegang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 07:51 AM | Show all posts
semoga dimudahkan urusan dalam segala hal di sana... Amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 07:58 AM | Show all posts
shernazz replied at 4-7-2018 01:34 PM
Anak iols cukup suka stoberi
Masam ke manis me
Janji stobrri

Tiap2 tahun mesti pergi CH, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 5-7-2018 07:58 AM
Tiap2 tahun mesti pergi CH, kan?

X..haha
Beli kt pasaraya je uolsss..kikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2018 09:15 AM | Show all posts
shernazz replied at 5-7-2018 08:55 AM
X..haha
Beli kt pasaraya je uolsss..kikiki

Orang kata, kalau nak makan buah strawberi yang manis kena makan cepat2 di tempat ia ditanam. Kat pasaraya ni, biasanya buah dia masam.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 5-7-2018 09:15 AM
Orang kata, kalau nak makan buah strawberi yang manis kena makan cepat2 di tempat ia ditanam. Kat  ...

Tu la
Masalahnya.malas bebenor nak naik ke atas tu
Lagipung anak.iols yang bongsu aje yang suka makan..tah nape..
Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2018 10:04 AM | Show all posts
penah skali adik meollss beli strawberi kat CH tme rombongan skola dia..dia beli 2 pek bwak balik uma kat n9 terus benyek buah tu..last2 bli kat pasaraya je la
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 10:21 AM | Show all posts
shernazz replied at 4-7-2018 12:34 AM
Anak iols cukup suka stoberi
Masam ke manis me
Janji stobrri

sama .. my daughter boleh makan non stop strawberry ni... so me tanam strawberry untuk dia. .  


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 5-7-2018 10:21 AM
sama .. my daughter boleh makan non stop strawberry ni... so me tanam strawberry untuk dia. .  

...

Best.la dpt tanam
Iols.sini walau umah atas bukit tp pagi je sejuk..tengahari panas ya rabbi..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 11:21 AM | Show all posts
kat malaysia ni x manis cuba makan strawberry kat bandung ya allah manisnya
\
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 11:28 AM | Show all posts
bagus ni strawberi untuk kulit,untuk kolesterol..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 11:58 AM | Show all posts
shernazz replied at 5-7-2018 09:16 AM
Tu la
Masalahnya.malas bebenor nak naik ke atas tu
Lagipung anak.iols yang bongsu aje yang suka  ...

Hihi. Kalau seorang je yang suka makan, nampaknya beli kat pasaraya je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Strawberi cicah madu yumsss yumsss
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Strawberry kat cameron kemain mahal. Baik beli mall.. import, harga sama je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2018 12:26 PM | Show all posts
besa nya stroberi yg makcik tu pegang...kalau ank sy dpt tu...gigit sket je, kekonon suka pastu mak dia jugak kena makan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:28 PM | Show all posts
takmo naik CH, pegi je area genting sempah tu..atas sikit sebelum sampai genting. ada ladang stoberi juga. kutip situ
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:34 PM | Show all posts
Ada sukarelawan yg pegi ke sana kata makan strawberi Gaza kat sana sedap, makan strawberi je dah kenyang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Then... Apa yg havoc sangat tanam strawberry... Aku pun tanam strawberry elok jer hidup takyah cuaca sejuk bagai... Atas tanah lagi.... Elok jer hidup membiak2..  Pastuh tabur baja buah... Naik laa buah dia...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.096365 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list