Siapa yang tak kenal dengan Izwan Azir Salleh, pembaca berita yang sinonim dengan Buletin Utama.
Sebelum ini beliau sering dikecam kerana dituduh menyampaikan berita tidak telus dan macam-macam lagi.
Terbaru, Izwan mengejutkan dunia penyiaran dengan mengumumkan perletakan jawatan sebagai pembaca berita secara langsung, nah saksikan..
Setiap yang bermula ada pengakhirannya, menerusi nukilan Izwan di laman Instagramnnya, beliau meluahkan rasa sebak setelah membuta keputusan untuk meningalkan TV3 setelah 16 tahun.
Menurut beberapa sumber, beliau telah menerima tawaran untuk menggalas jawatan sebagai setiausaha akhbar menteri.
Berita perletakan jawatan itu mendapat reaksi dari para netizen.
Apa-apa pun semoga berjaya diucapkan kepada Izwan dalam menjalani tugas dan tanggungjawab yang baru. -CARI
|