Baru-baru ini, kita digemparkan dengan isu lelaki berusia 41 tahun menikahi budak perempuan berusia 11 tahun.
Isu yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu turut mendapat perhatian selebriti tanah air yang membantah sekeras-kerasnya tindakan individu terbabit.
Memetik Harian Metro, pelakon Sherry Ibrahim, 35, menentang sekeras-kerasnya tindakan itu kerana ia merupakan satu penganiayaan dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur.
Foto: IG Sherry Ibrahim
"Dia masih di bawah umur dan kalau lelaki itu mahu membantu, dia boleh jadikan anak angkat atau bantu untuk membiayai pelajarannya.
"Walaupun mereka dan bernikah atau apa, dia masih di bawah umur dan dalam zaman sekarang, macam-macam benda tak baik berlaku terhadap kanak-kanak di bawah umur," katanya.
Dalam pada itu, Sherry juga menegaskan agar orang ramai tidak menjadikan agama sebagai alasan untuk melepaskan diri.
"Tak perlu guna agama untuk melepaskan diri dan menjadikannya alasan. Jangan samakan dengan Rasulullah SAW kerana baginda berbeza dengan kita yang hidup di zaman ini," ujarnya.
Sementara itu, pelakon dan pengacara Yasmin Hani turut meluahkan rasa malu dan geram terhadap isu berkenaan.
Foto: IG Yasmin Hani
Yasmin dalam satu muat naik Instastory mempersoalkan orang tua kanak-kanak itu yang dilihat tidak bertanggungjawab.
Mana orang-orang matang dalam keluargamu?
"Gila ke apa?
"Kalau budak tu bercinta dengan budak berusia 10 tahun, mesti mereka akan mengarahkan dia putus dengan kekasihnya," tulisnya.
Foto: Hangat.com/IG Yasmin Hani
Manakala, pengacara Ahmad Fedtri Yahya meluahkannya menerusi satu lukisan komik yang dikongsikan di laman Instagramnya.
"Formula UPSR pun budak tu tak lepas lagi, dah kena beban formula cinta suami," tulisnya.
Foto: IG Ahmad Fedtri
Setiap individu berhak menyuarakan pendapat masing-masing, namun ada baiknya kita dengar ulasan daripada yang pakar dan alim ulama. - CARI
|