View: 7472|Reply: 73
|
[Tempatan]
Anak pemain bola maut terjatuh tingkat 5
[Copy link]
|
|
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -tingkat-5#cxrecs_s
Nurul Hidayah Bahaudin
cnews@nstp.com.my
KANAK-KANAK perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat lima kediamannya di apartment Desa Wangsa Keramat, Jalan Datuk Keramat Hujung, Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa, Francisca Deborah, 6, ditemui terbaring di tempat letak kenderaan oleh bapanya yang juga pemain bola sepak, Venice Elphi, 34, sejurus dia dan isterinya balik ke rumah selepas keluar menghantar anak bongsunya berusia dua tahun ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur akibat asma pada 2.30 pagi.
Sumber berkata, ibu dan bapa kanak-kanak terbabit dikatakan keluar dari kediaman mereka untuk menghantar anak lelaki mereka kerana menghidap asma.
"Apabila mereka tiba di tempat letak kenderaan itu, bapa mangsa melihat anaknya terbaring berhampiran kawasan terbabit selepas dipercayai terjatuh daripada balkoni rumahnya.
"Bapa mangsa cuba meminta bantuan di kawasan sekitar, namun tidak ada yang mendengar jeritan lelaki berkenaan ekoran hujan lebat ketika itu," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber berkata, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang giat dijalankan termasuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.
Bapa mangsa, Venice Elphi yang juga anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah kapten pasukan bola sepak ATM dan bekas pemain simpanan pasukan kebangsaan pada 2012.
Kronologi kejadian kanak-kanak maut akibat jatuh bangunan
19 April 2018:
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah apartmen di Jalan Pantai, Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan
25 November 2017:
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui mati terjatuh daripada tingkat sembilan pangsapuri di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru
23 Ogos 2017
Kanak-kanak perempuan warga Jepun maut akibat terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Mont Kiara di Kuala Lumpur
13 Februari 2017
Wanita terkejut apabila menyedari dentuman kuat didengarnya adalah bunyi tubuh kanak-kanak berusia enam tahun yang terhempas di kaki lima blok kediamannya, di Shah Alam
7 November 2016
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut apabila jatuh dari tingkat empat di Flat Taman Putri, Kulai, Johor
11 Jun 2016
Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 7:14 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg keluar tinggal anak dgn siapa? Anak terjaga cari mak ayah la tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduh anak tu sorang je ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes yg sama mcm ni dulu....
Budak lelaki umor 5thn bgun pagi cari mak dia tak de, panjat balkoni & jatuh dari tingkat 10 ...mak baru nk mula kerja (hari pertama) kat spore... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak sorg2 ketakutan bunyi ujan lebat. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk spesies penakut height macam mzz ni, jngan harap lah nak duk flat ke apa ke.
Diorang tinggal anak sorang2 ke? 6 years old is still too young utk ditinggalkan sorang2 kat rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah.. kesiannye, sorang anak sakit, sorang lagi meninggal jatuh apartment plak |
|
|
|
|
|
|
|
parents tinggalkan maybe ingat anak dia tidur terus smpai pagi..x tau pulak budak tu trbangun n cari mak bapak dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat singapore, pernah dgr x kes budak jatuh bangunan? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut angkat sekali ank tu p hospital...jgn tinggal.
Takziah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 2-7-2018 11:38 PM
umbut replied at 2-7-2018 11:22 PM
Kat singapore, pernah dgr x kes budak jatuh bangunan?
Pernah..
Tu atas tu ada dah tulis.
Ada juga satu kes baby jaundice jatuh dr tempat “jemuran”... pun kt singapore la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar tinggal anak kecik sorang2 ke???
Alahaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Emergency anto anak sakit gi sepital . Tak sangka bila balik , anak yg sihat plak meninggal. Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 2-7-2018 09:28 PM
Diorg keluar tinggal anak dgn siapa? Anak terjaga cari mak ayah la tu.
Dulu ada kes di penang... budak ppuan umur 5 tahun meninggal jatuh dari apartment sbb panjat mesin basuh kat tepi tingkap. Ayah dia tinggalkan budak tu sekejap sbb gi solat jumaat. Mak pula gi kerja. Ayah budak tu klu mengaji agama lebih sikit mesti akan tahu yg solat jumaat dah tak wajib utk dia sbb dah consider maslahat utk dia lebih wajib jaga anak tu dari gi solat jumaat.. Hanya wajib solat zohor utk dia. Islam x pernah menyusahkan umat nya |
|
|
|
|
|
|
|
i just lost my words... sedihnyaaa.... please trust your instinct, bawak je kemana2 kita pergi, kalau tgh tidor angkat bawak sekali. mak aku selalu pesan biar anak menangis jangan kita menangis menyesal. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh ke angkat sekali anak tu pi hospital?
or bapak je gi hantar anak yg sakit pi spital instead dua-dua pegi tinggal anak gitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 2-7-2018 11:37 PM
Pernah..
Tu atas tu ada dah tulis.
Ada juga satu kes baby jaundice jatuh dr tempat “jemuran” ...
OMG NGERINYA! Kesian baby golek2 terus jatuh! |
|
|
|
|
|
|
|
Failed gila parenting...so ko nk salahkan elohim jah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|