CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2229|Reply: 9

"Aduh, Macam Kelakar Je Zahid Boleh Menang! UMNO Tak Serik Ke?" - Neti

[Copy link]
Post time 2-7-2018 09:35 AM | Show all posts |Read mode




Berikutan kemenangan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO baru bagi penggal 2018-2021, rata-rata rakyat meluahkan rasa terkejut mereka di atas pemilihan itu dan jelas kelihatan ramai yang menolak Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan sebagai pemimpin parti terbabit.



Aduh, macam mana boleh menang?

"UMNO pilih Zahid lagi kah? Macam kelakar je.

"Ingatkan lepas kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hari tu, ahli UMNO dah sedar untuk menolak pemimpin yang menjatuhkan UMNO seperti Zahid ni," komen netizen.








Malah, ramai menyifatkan kemenangan Zahid itu boleh menyebabkan parti itu semakin 'terkubur'.



UMNO melakukan kesilapan paling besar

"UMNO masih tak serius melakukan perubahan.

"Zahid menang pun sebab pengundi 'orang lama' tidak mahu berubah," tulis netizen.








Sementara itu, segelintir netizen menyatakan sokongan mereka terhadap Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ dan merasakan dia yang sepatutnya menjawat jawatan berkenaan.


Selain itu, ada juga yang menyuarakan keinginan mereka untuk melihat KJ atau Tengku Razaleigh Hamzah diberi mandat sebagai Presiden, sekali gus memberi nafas baru dalam UMNO.








Bagaimanapun, masih ada yang beranggapan KJ selayaknya tewas dalam pemilihan kepemimpinan UMNO pada Sabtu kerana sikapnya yang disifatkan sesetengah rakyat sebagai 'lalang' dan 'kaki ampu' selain terlalu bercita-cita tinggi.




Lepas ni jangan nak sembang bombastik




Foto: Twitter




Walau bagaimanapun, rakyat berharap agar kepimpinan UMNO yang baru dapat melaksanakan tugas dengan baik, sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je biar rakyat tersepit sini bang non Sana wak jahid pastu ni Kita tengok Sapa yg paling teruk yg dok bising tu kenapa takde pilihan lertew nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 09:52 AM | Show all posts
Cicisweets replied at 2-7-2018 09:42 AM
Aku suka je biar rakyat tersepit sini bang non Sana wak jahid pastu ni Kita tengok Sapa yg paling te ...

ko lah paling teruk ,ko kan bodoh !
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 10:03 AM | Show all posts
Sampah la netizen2 ni

tu zahid menang

cuba kalo kj menang ko kata tall dark je lebih tp keje kelaut

cuba kalo kuli menang ko kata da tua bwk2 la gi sejid surau

ape netizen maw sebenar nye

nak mamposs

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 10:56 AM | Show all posts
tagas replied at 2-7-2018 10:03 AM
Sampah la netizen2 ni

tu zahid menang

harap zahid insaflah...dan kembali menjalin ikatan silaturrahim lama dengan Bang non
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 11:36 AM | Show all posts
pelik betul netizen..rata-rata yang marah-marah ni penyokong PH... lantak pi la zahid menang..lagi bagus zahid jadi presiden umno, senang PH nak menang PRU15..

Hanya ahli umno sahaja yang tahu kenapa diaorg pilih zahid ni... Zahid ni nampak macam lembab tapi dari segi mertabatkan agama islamnya bagus.. Lagipun dia ni orang kuat Anwar Ibrahim

Si KJ ni bagus sebab muda lagi, lantang bersuara tapi dia ni melayu liberal... nampak dia orang kuat Tun M juga ni bila Tun M bagi green light KJ mampu bawa UMNO ke depan...

kita tengokkan saja kesudahan UMNO ni... aku rasa kena tarik masuk PPBM aje ni...hehehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2018 12:20 PM | Show all posts
bukan rata rata yg marah penyokonh PH. Kalau penyokong PH pun yg masih berpemikiran UMNO. Kalau penyokong PH...tak marah cuma  senyum dan gelak jerlah.

Rata rata yg tak puas hati pun dr kalangan ahli UMNO sendiri..baik org UMNO buat POLL brp percent yg suka/tak suka/50-50..dgn result pemimpin UMNO skrg..sbb yg undi pewakilan bhg shj kan..bukan keseluruhan ahli.. Tapi jgnlah open POLL to all ..nanti ahli PH undi hehehe kang rosak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 09:48 PM | Show all posts
Kalo si komedi ni yang pegang memang lame lagi la jadi pembangkang  nmpknye..umno2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Atleast kj tu kita nampk ler pandangan dan matlamat sewaktu sesi soal jawab di awani. Dia tau aper halatujunyer...walaupun action nyer blum tau lagi whether he walks the talk atau tak...kj patut diberi peluang

Rakyat perlukan pemimpin pembangkang yg kuat dan berpandangan kehadapan...tau aper yg berlaku dalam dunia semasa supaya ader check n balance demi kebaikan kebajikan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 10:52 AM | Show all posts
UMNO ni ada ahli lagi ke? duk hari2 keluar cerita ahli lompat parti,bubar cawangan,letak jawatan...mujur xde yang bunuh diri je lagi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040565 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list