Kelahiran anak merupakan antara satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri, namun ada sesetengah yang kurang bernasib baik.
Terbaru, seorang pengguna Facebook telah berkongsi kisah misteri yang dialaminya di sebuah laman Facebook khas untuk ibu-ibu mengandung.
Menurutnya, dia telah disahkan keguguran kandungan apabila doktor mendapati tiada bayi di dalam rahim. Nah bacalah kisahnya.
Bayi tiada dalam rahim?
Doktor sudah sahkan rahim bersih.
Ada yang mengatakan ianya kehamilan kosong.
Ada juga yang mengatakan pernah mengalami benda yang sama.
Melalui gambar imbasan yang dimuat naik, ada yang mendakwa ternampak imej seakan-akan menyerupai wanita tua.
Jadi, bagaimana pula pandangan anda? Adakah masalah ini mempunyai penjelasan saintifik atau misteri? -CARI
|