Jika anda sukakan ketam cili dan piza, anda perlu cuba gabungan kedua-dua makanan ini di Pulau Pinang! Terletak di Pulau Mutiara, US Pizza merupakan restoran piza artisan yang mempunyai 3 cawangan buat masa ini iaitu di Green Lane, Summerton Bayan Indah (Bayan Lepas) dan Pusat Perniagaan Gemilang (Bukit Mertajam).
Foto: Tastelest.com
Selain piza ketam cili, ia juga menawarkan piza durian (bermusim dan untuk tempoh terhad) dan juga piza telur masin. Turut popular di sini ialah Adjaruli Khachapuri iaitu roti tradisi Georgia yang kaya dengan 3 jenis keju.
Foto: tastelest.com
US Pizza menawarkan piza yang diperbuat daripada tangan dengan bahan-bahan berkualiti dan penuh perisa. Bagi mereka yang berada di Pulau Pinang, boleh menempah piza kegemaran anda di www.uspizza.my dengan perkhidmatan penghantaran percuma turut disertakan!
Ia dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 10 malam.
Foto: penang-traveltips.com
Cawangan Green Lane :04-6552828
Cawangan Summerton :04-6097049 (dibuka dari 11 pagi hingga 10 malam)
Cawangan Bukit Mertajam: 04-5489897
Foto:crispoflife.com
Sedapnya! Jom ke Pulau Pinang hujung minggu ini. Boleh beraya sekali! -CARI |