Sering kali telefon bimbit menjadi perlahan atau ‘hang’ kerana terlalu banyak menyimpan perisian dan aplikasi yang tidak diperlukan?
Masalah tidak cukup ruang memori adalah perkara biasa kepada kebanyakan pemilik telefon bimbit terutamanya jenis iPhone. Sebenarnya, ada cara untuk menjimatkan ruang penstoran Iphone. Cuba kaedah ini seperti dikongsikan pemilik akaun Twitter techlagi dan lihat keberkesanannya.
1. Buang muzik dalam data, gunakan aplikasi seperti Spotify, JOOX, Deezer dan lain-lain. Pergi Settings > Storage & icloud Usage > Manage Storage > Music > All Songs (slide ke kiri untuk padam)
2. Gunakan Google Photo untuk backup gambar swafoto anda dan sebagainya. Kemudian, buang gambar di camera roll kerana gambar banyak menggunakan ruang.
3. Buang aplikasi permainan yang jarang anda main kerana ianya paling banyak memakan ruang memori. Tinggalkan yang anda main sahaja.
4. Data lain-lain (guna iTunes di PC) Sambungkan peranti anda ke komputer, buka iTunes, backup dan restore. BOOM! Jimat ruang lagi.
5. Photo & camera. Pergi ke Settings > Photos & Camera > My Photo Stream, iCloud Photo Sharing serta Keep Normal Photo (semua TUTUP).
6. Message history. Pergi ke Settings > Messages > Keep Messages (pilih 30 days) *Bila keluar amaran delete older messages, tekan delete.
7. Safari. Pergi ke Settings > Safari > Clear History and Website Data
8. Kemas kini ke iOS 10. Ini kerana iOS 10 lebih jimat ruang berbanding iOS 9. Amat disarankan untuk kemas kini melalui iTunes!
9. Buang stock aplikasi (iOS 10). Jika anda menggunakan iOS 10, anda boleh membuang aplikasi dari Apple yang tidak digunakan.
10. Rakam video pada resolusi rendah. Pergi Settings > Photos & Camera > Record Video (pilih 720 p HD at 30 fps)
Tip dari techlagi, kepada yang ingin membeli iPhone edisi baru, elakkan membeli storan memori 16gb walaupun ditawarkan dengan harga murah ya. Selamat mencuba! - CARI |