View: 1290|Reply: 1
|
Trump Buat Pembaca Berita Menangis Ketika Bersiaran Langsung
[Copy link]
|
|
Sedih dan sebak. Itulah dirasakan pembaca berita MSNBC hingga dia gagal mengawal perasaan ketika melaporkan berita mengenai pendatang kanak-kanak dan bayi yang diasingkan secara paksa daripada ibu bapa mereka.
Rachel Maddow dilihat menangis ketika melaporkan berita daripada Associated Press itu yang mengatakan pendatang kanak-kanak ditahan di tiga pusat penahanan di Texas.
Rachel juga dilihat cuba meminta pihak produksi mengalihkan skrin dengan memaparkan grafik, namun tidak diendahkan. Gagal menahan emosi untuk meneruskan laporannya, Rachel terpaksa menamatkan rancangan berkenaan secara mengejut.
Rachel kemudian meminta maaf secara terbuka menerusi Twitter berhubung perkara itu.
"Saya minta maaf. Ia sepatutnya menjadi tugas saya untuk melaporkan apa sahaja ketika bersiaran langsung. Malangnya, lidah saya kelu dan tidak mampu meneruskannya.
"Sekali lagi saya mohon maaf kerana gagal mengawal emosi ketika bersiaran langsung," tulisnya.
Laporan AP itu mendakwa Trump mengarahkan kanak-kanak dan bayi dipisahkan secara paksa daripada ibu bapa mereka di sempadan Amerika Syarikat (AS) - Mexico dan dihantar ke sekurang-kurangnya tiga pusat penahanan khas di Texas Selatan.
Memetik METRO, Trump, bagaimanapun membuat pusingan-U selepas mendapat kecaman hebat daripada seluruh dunia termasuk pemimpin negara lain. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Part pisahkan anak dn mak ayah tu iols x setuju. Tp ramai je pendatang haram gunakan anak sbg keldai dadah ape semua.
Dok angkut anak beranak masuk negara org secara haram tetap salah.
Bila dikenakan tindakan undang2 melalak sana sini . Igt negara org hutan ke ko bole masuk sewenang wenangnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|