CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1234|Reply: 1

[Tempatan] Nikah guna Skype pun boleh...

[Copy link]
Post time 21-6-2018 03:34 PM | Show all posts |Read mode



UPACARA pernikahan dilangsungkan menggunakan aplikasi Skype lima tahun lalu, terus menjadi kenangan manis pasangan Mohd Saiful Ridzuan Jasmin, 32, dan Saidah Hafizah Mohd Hanapi, 27, dari Taman Kayu Manis, Seremban.

Menceritakan majlis pada 3 Mei 2013 itu, Mohd Saiful berkata, keputusan menggunakan aplikasi berkenaan terpaksa diambil kerana isterinya ketika itu masih menyambung pelajaran dalam bidang syariah di Universiti Yarmouk di Jordan.

Katanya, pada awalnya mereka langsung tidak bercadang untuk bernikah dalam majlis sedemikian kerana keluarga kedua-dua pihak sudah menetapkan tarikh pernikahan selepas Saidah menamatkan pengajian.

Mohd Saiful berkata, bagaimanapun ibu mentuanya menukar rancangan dengan meminta majlis berkenaan dipercepatkan berikutan kesihatan bapa mentuanya semakin merosot disebabkan penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

"Berikutan itu, saya dan isteri yang masih berada di Jordan membuat persiapan sewajarnya termasuk berurusan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (MAIP) kerana majlis pernikahan dilangsungkan di FELDA Kota Gelanggi 2, Pahang.

"Saidah tidak dapat pulang ke Pahang kerana akan menduduki peperiksaan akhir tahun selain kos perjalanan yang terlalu tinggi. Adik ipar mencadangkan supaya isteri saya menyaksikan majlis itu secara langsung menggunakan aplikasi Skype dari Jordan.

"Kami kemudian mendapatkan kebenaran MAIP dan Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, termasuk proses pendaftaran pernikahan," katanya.

Mohd Saiful yang kini membuka pusat tahfiz di Taman Kayu Manis berkata, jurunikah turut teruja dengan cara majlis berkenaan dilangsungkan dan mengakui itu adalah pengalaman baharu untuknya.

"Majlis itu disaksikan melalui skrin layar besar oleh kira-kira 300 orang tetamu termasuk jiran, ahli keluarga dan saudara mara kedua-dua pihak," katanya.

Sementara itu, Saidah berkata, rakan-rakannya di Jordan turut menyaksikan sidang video itu dan mengakui teruja menyaksikan majlis pernikahan berkenaan.

"Sebaik saja suami selesai melafazkan ijab kabul, semua rakan menyahut dengan berkata 'sah' beramai-ramai," katanya tersenyum.

Pasangan itu kini dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara 11 bulan hingga empat tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 3:29 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada retis malaysia pon nikah pakai video kan? Tak ingat sape.. maya karin ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.067304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list