|
Berikutan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor, ramai menyatakan rasa tidak puas hati termasuk dari kalangan pengamal politik mahupun rakyat.
Pengguna Twitter Faiz Fadzil, menerusi Twitter meluahkan pendapatnya yang berpendangan, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bermasalah.
Memang MB PH kena bermasalah eh?
Postingnya itu menarik perhatian pengguna lain yang mula mengeluarkan pendapat masing-masing hingga mencetuskan perdebatan.
"Tak ada calon dari Selangor yang berkaliti dah ke?" soal netizen.
Bagaimanapun, segelintir netizen merasakan rakyat seharusnya menerima pelantikan itu dengan hati terbuka memandangkan Sultan sudah merestukannya.
Sultan dah restu, yang korang bising kenapa?
"Move on sajalah. Yang dah dilantik, buat kerja. Belah pembangkang, tolonglah aktif sikit membangkang secara cerdik," ujar netizen.
Perkara itu dipanjangkan lagi apabila pegawai kerajaan terkilan dengan tindakan pihak atasan yang menafikan hak anak tempatan (negeri).
Foto: Twitter
Tak mengapalah, kita tengok dulu bagaimana mereka menjalankan tugas kerana masih terlalu awal untuk menilai mereka. - CARI |
|