Sebuah restoran yang menawarkan promosi makan sampai puas terpaksa ditutup gara-gara mengalami kerugian.
Restoran yang terletak di Chengdum wikayah Sichuan, China itu ditutup dalam tempoh kurang dua minggu selepas pelanggan tidak henti-henti menikmati makanan yang dihidangkan.
People’s Daily Online melaporkan, Restoran Jiamen’er menanggung hutang yang tinggi selepas ramai pelanggan duduk di situ sepanjang hari semata-mara untuk makan.
Foto: People Daily's Online
Difahamkan sebelum ini pada 1 Jun restoran tersebut melancarkan promosi dengan menjemput pelanggan yang memiliki kad keahlian untuk makan sebanyak mana yang mereka mahu.
Yuran yang ditetapkan hanyalah 120 yuan (RM74.40) sebulan.
Tujuan asalnya adalah untuk menarik minat pelanggan untuk datang namun segala-galanya bertukar menjadi sebaliknya apabila 20 meja yang ada sentiasa dipenuhi dengan kira-kira 500 orang sehari.
Ada juga pelanggan yang memberikan kad keahlian mereka kepada rakan-rakan supaya mereka juga boleh makan tanpa dikenakan bayaran.
Kad keahlian tersebut tidak memiliki gambar pemiliknya dan sukar bagi pengurusan restoran untuk menghalang mereka dari menggunakannya.
“Punca utama kegagalan ini adalah kegagalan kami menggunakan sistem pengecaman wajah,” katanya.
Hutang yang ditanggung restoran mencecah 50,000 yuan (RM31,000) dalam tempoh 11 hari selepas menjual 1,700 kad keahlian berkenaan. -CARI |