Hak dan privasi wanita sering kali dicerobohi ditempat awam walaupun notis dan papan tanda sudah terang-terangan ditampal. Sama ada golongan lelaki sengaja berbuat demikian atau mereka benar-benar tidak faham dengan maksud privasi bagi golongan wanita.
Seorang pengguna facebook bernama Susylawati Faizol menaikkan status geram dan tidak berpuas hati dengan golongan lelaki yang bergelar pondan kerana sesuka hati menggunakan tandas wanita.
Rata-rata netizen mengecam dan marah dengan sikap pondan-pondan di negara ini yang tidak sedar diri dan begitu berani mencerobohi tempat dan privasi wanita. Mereka langsung tidak rasa bersalah malah bangga dengan tindakan mereka.
Ramai juga netizen yang berasa situasi sebegitu agak bahaya bagi golongan wanita apabila menggunakan tandas bersama-sama dengan golongan pondan. Walaupun secara fizikal mereka kelihatan seperti perempuan, tetapi mereka tetap seorang lelaki.
Hal ini juga menakutkan golongan wanita untuk menggunakan tandas awam kerana mungkin akan ada golongan lelaki yang gila seks menyamar dengan berpakaian perempuan untuk melakukan perkara yang tidak baik kepada golongan wanita ketika berada di dalam tandas.
Perkara sebegini bukan lagi baru terjadi di negara kita, kerana ramai sudah netizen yang mempunyai pengalaman yang sama. Rata-rata mereka berasa sangat tidak selesa kerana terpaksa berkongsi tandas dengan golongan pondan.
Harap-harap, akan ada tindakan buat golongan pondan ini kerana ia dilihat begitu berleluasa dan semakin berani mencerobohi privasi golongan wanita di tempat awam. Setuju tak? - CARI
|