Sepanjang tahun pasti para belia digempakkan dengan berita aneka jenis pesta muzik bagi tujuan hiburan minggu. Baru minggu lepas kota Singapura riuh dengan sambutan Ultra Music Festival (kebetulan pula waktu itu sama dengan masa sambutan lebaran!).
Tidak apa jika anda tidak berpeluang ke pesta muzik UMF di Singapura, banyak lagi pesta muzik dibawah jenama Ultra ini di seluruh dunia yang boleh anda kunjungi. Tambahan lagi, harga tiket untuk menonton UMF di Singapura tidaklah semurah yang disangka! Nak makan semasa pesta itu pun dekat SGD30 habis juga - tu dah kira-kira bersamaan dengan RM100 duit kita!
Berdasarkan kajian yang dibuat CupoNation, kami dapat tahu bahawa Hong Kong merupakan negara paling murah untuk dibeli tiket UMF.
Tiket untuk menonton UMF di Hong Kong hanya bernilai SGD120 (RM354 - boleh beli baju raya dari Alia B!), manakala untuk menonton UMF di Hvar Island, Croatia bernilai SGD154 (bersamaan RM455 - boleh bayar duit bulanan kereta!).
Gamaknya kalau teringin sangat nak pergi tengok apa yang best sangat dekat UMF ni haruslah berjimat dan menabung sejak kecil melainkan ada pokok duit dekat belakang rumah! Kalau berniat nak tonton UMF tahun depan, bolehlah mula berjimat dalam RM40-50 sebulan. Tapi ni kena consider tiket earlybird, bukan yang dekat pintu masuk ye.
Berbaloi ke? Haruslah tepuk dada tanya selera.
|