Umum mengetahui Abby Abadi dan Norman Hakim mempunyai tiga orang anak yang perawakannya sedap mata memandang, apatah lagi bersekolah dalam aliran agama.
Hal ini membuatkan netizen dalam kalangan remaja atau Budak Baru Nak Up (BBNU) menyimpan hasrat untuk mendekati mereka sebagai kawan atau teman hidup. Manakala, kalangan ibu-ibu pula berhasrat menjadikan anak Abby sebagai menantu.
Posting terbaru Abby di Instagram mendedahkan bahawa ramai budak lelaki mahu meminang anak kedua mereka iaitu Dania. Disebabkan itu, Abby menasihati agar lelaki ini menimba ilmu terlebih dahulu. Lebih mendalam, Abby bertanya sama ada 'bakal menantunya' sanggup menjaga ibu dan bapa Dania?
Foto: Foto : IG Abby Abadi
Ia dipersetujui netizen yang menyatakan perbezaan soalan kepada 'bakal menantu' dulu dan sekarang.
Namun, ada sahaja remaja lelaki yang bergurau dengan Abby.
Comel pula gurauan mereka di media sosial.
Bagaimanapun, ada yang menegur Abby supaya tidak meletakkan gambar di media sosial bagi mengelakkan fitnah.
Dania bersama keluarga ayahnya, Norman Hakim dan Memey
Bersama kedua belah keluarga
Walau apapun, masih terlalu awal untuk menjangkakan masa depan Dania yang kini masih menuntut di bangku sekolah. Tetapi ,sebagai ibu tidak salah untuk Abby Abadi meletakkan syarat untuk kebaikan anak-anaknya. - CARI |